Resepi Sirap Selasih Laici (Menyegarkan)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang amat ringkas. Asal air ini ialah air sirap. Iaitu sejenis minuman yang klasik dan amat mudah disediakan. Namun kali ini minuman ini mempunyai tambahan biji selasih dan juga laici.

Biji selasih digunakan didalam kebanyakkan minuman kerana ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ia bagus kerana mempunyai fiber yang tinggi, menyejukkan badan dan rasanya sedap. Lucunya ketika kecil dulu Madam sangkakan biji selasih ialah telur katak kerana rupanya sebegitu. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam perkongsian kali ini.

Resepi Sirap Selasih Laici (Menyegarkan)

Bahan-bahan

  • Sirap ros
  • 1 tin laici
  • Air secukupnya
  • 1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
  • Ais kiub secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula masukkan laici dan air kedalam jug.
  • Kemudian masukkan sirap ros yang telah ditambah gula.
  • Masukkan biji selasih yang telah direndam dengan air panas.
  • Kacau rata barulah masukkan air batu.
  • Siap,boleh dihidangkan segera
Resepi Sirap Selasih Laici (Menyegarkan) 1

Minuman amat ringkas dan mudah dilakukan. Bagi anda yang biasa dengan minuman ini dan suka akan manafaat biji selasih bolehlah mencuba minuman ini. Seperti biasa anda bolehlah menganggarkan sendiri sukatan gula bagi menyesuaikan ia dengan selera anda. 

Jangan lupa mencuba resepi ini, selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang.

Resepi Bandung Cincau

Resepi Jus Kalamansi

Resepi Jus Kedondong Asam Boi

Leave a Comment