Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sos Topping Coklat Guna Serbuk Koko Murah Tapi Sedap

author name

Resepi yang saya kongsikan kali ini merupakan resepi lama yang biasanya digunakan bersama kek coklat moist kukus yang banyak dijual dipasar malam. Kalau anda biasa membeli kek coklat moist pasar malam anda mesti perasan coklat topping yang digunakan berbeza dengan coklat ganache yang menggunakan coklat dan krim. Baiklah bagi anda yang mencari-cari resepi ini berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu fullcream/susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • ½ cawan coklat coin (cairkan dahulu)
  • 1 cawan serbuk koko

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kecuali coklat coin dalam 1 periuk 
  • Kacau semua bahan agar sebati dahulu
  • Kemudian barulah buka api kecil sampai kacau agar ia tidak hangit.
  • Selepas itu masukkan coklat coin yang telah dicairkan dan terus kacau hingga ia berasap.
  • Kemudian barulah tutup api.
  • Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Jika anda ingin kos yang lebih rendah anda boleh ganti coklat coin dengan ½ lagi cawan susu pekat tapi jika anda suka coklat sos yang sedikit pahit, resepi ini sangat sesuai. Selain daripada menggunakan topping ini bersama kek coklat moist ia juga boleh digunakan sebagai deko latte atau mocha. Malah ia juga sedap dijadikan inti apam coklat. Sos coklat ini boleh disimpan didalam petiais sekurang-kurangnya 2 minggu tanpa rosak. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.