Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Coklat Moist Sedap Penuh Dengan Rasa Coklat

author name

Resipi kali ini adalah resepi cupcake coklat moist, biasanya coklat moist dibuat dalam bentuk sebiji kek namun dalam perkongsiani kalau ini ianya dimasak dalam bentuk cupcake. Amat sesuai dihidangkan didalam majlis keraian seperti harijadi atau pun majlis perkahwinan. Penyedoaan cupcake ini amat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati dikedai yang menjual barangan bakeri. Msri lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

A

  • 3 biji telur gred A/B
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 penutup botol esen vanilla

B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • *ayak semua

C

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campur semua bahan A dan kacau hingga sebati. 
  • Kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama. 
  • Akhir sekali masukkan minyak masak dan gaul dahulu hingga minyak sebati barulah masukkan air panas. 
  • Masukkan dalam bekas cupcake dan bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit.
  • Hias dengan choc ganache. 

Resepi Choc Ganache

  • 250 g milk/dark choc coin
  • 250g susu cair

Kaedah 

  • Cairkan choc kemudian tambah susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau hingga ia menjadi likat,sebaiknya tunggu sehari baru guna kerana ia lebih stabil.
  • Paip dengan menggunakan nozzle tip star bersaiz besar atau jenama Wilton 1M.
  • Siap!

Jika suka anda boleh tambah buah strawberi atau potongan kit kat diatas cupcake, hiasan coklat akan buat ia nampak lebih menyelerakan. Guna bekas souffle untuk membakar adaunan cupcake kerana ia lebih mudah. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.