Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Choc Cream Marbeles Punya Sedap

author name

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi cupcake yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur. Cupcake dengan krim coklat ini sebenarnya amat mudah untuk disediaka, walaupun terdapat pelbagai jenis versi kek coklat namun secara asasnya ia menggunakan bahan yang sama dan tidak mempunyai banyak perbezaan.

Namun begitu bagi menghasilkan cupcake coklat yang sedap antara perkara penting yang perlu ditekankan ialah kualiti serbuk koko dan jenis coklat yang digunakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 2 biji telur gred B
  • 2 cawan gula castor
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu cair / susu segar / susu full cream
  • ½ sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan air panas
  • Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.
  • Masukkan pada acuan cupcake. 
  • Panaskan oven 170°C selama 10 minit. 
  • Masukkan adunan ke dalam oven dan masak selama 40 minit atau sehingga masak. 
  • Guna api atas bawah. 
  • 300g coklat dark
  • 200g whipping cream
  • 1 sudu besar butter 
  • Dengan cara double boil, cairkan coklat 
  • Apabila ia mulai cair masukkan whipping cream 
  • Gaul sebati, masukkan butter apabila semua bahan telah sebati.
  • Paip terus atas cupcake atau campur dengan fresh cream agar lebih sedap.

Untuk menghias cupcake ini, anda boleh memilih menggunakan choc ganache atau tambahkan coklat ganache dengan fresh cream agar lebih mudah untuk dipaip kerana ia lebih stabil. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *