Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Vanila Klasik Cun Giler

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi kek cawan yang mulai menjadi kegilaan orang kita sejak kebelakangan ini. Kek cawan adalah sejenis kek yang diperbuat daripada bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk menyediakan kek. Contohnya ia menggunakan tepung gandum bersama serbuk penaik serbuk penaik,, mentega dan juga telur. Perbezaannya ialah ianya dibakar di dalam cawan kertas yang direka khas untuk menyediakan kawan ini. Kemudian ianya dihias menggunakan buttercream yang menarik, ada banyak cara menghias mudah yang boleh anda cuba sendiri terutama apabila menggunakan pelbagai nozzle tips yang terdapat dipasaran.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan juga cara-cara untuk menyedia kan kek cawan ini.

Bahan-bahan

  • 125g tepung naik sendiri
  • 125g gula kastor
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 125g unsalted butter,
  • 2 biji telur gred A
  • 1 1/2 sudu besar susu full cream 
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanila atau esen vanila
  • 200g unsalted butter
  • 400g gula icing, ayak
  • 2 sudu besar susu full cream 
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila atau esen vanila
  • Ayak tepung naik sendiri bersama soda bikarbonat. 
  • Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul butter bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
  • Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
  • Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
  • Bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan. Cucuk dengan lidi, jika lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
  • Satukan susu dan esen vanila di dalam bekas
  • Pukul butter yang telah lembut sehingga berkrim dan warna menjadi putih pucat.
  • Perlahankan mixer, dan masukkan gula icing sedikit demi sedikit kemudian kacau sehingga lembut dan sebati. 
  • Tuang adunan susu dan vanila, kacau hingga sebati.
  • Hias mengikut kreativiti

Ada pelbagai lagi jenis kek cawan yang boleh anda cuba dan sediakan sebagai meraikan majlis untuk keluarga anda atau mereka yang tersayang. Diharap anda akan mencuba resipi ini semua berjaya.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *