Resepi Sup Korean Soybean ‘Doenjang’ Sedap Sambil Layan Drama Korea

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan korea yang telah mula mendapat tempat dikalangan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Sup korean doenjang ini menggunakan soybean paste yang boleh ditemui dengan mudah dinegara kita ini. Teknik yang digunakan adalah dengan cara merenih masakan ini seperti mana kebiasaan sup.

Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat mudah ditemui diterutama dipasar raya yang menjual pelbagai jenis pes masakan antarabangsa.perkongsian kali ini diubahsuai sedikit demi menteapi selera nusantara kita namun keaslian masakan korea masih lagi terasa terutama apabila resepi ini menggunakan pes soybean.

 Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini , berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 -2 batang Chinese Leek 
  • 10 biji cendawan shitake
  • 100g caging hancur
  • 10 ekor isi udang (pilihan)
  • ½ biji kecil kobis (hiris halus)
  • 1 bekas soft tofu (potong kiub)
  • 1 kuib pati ikan bilis
  • 1 pek kecil pes “Soybean Paste”
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Sediakan periuk dan tumis daging hancur dan biarkan ia masak sebentar.
  • Kemudian tambahkan air bersama bawang besar, bawang putih,kobis dan kiub ikan bilis.
  • Tambah pula cendawan,chinese leek dan ‘soybean paste’.
  • Biarkan kuah mengelegak dan tambah sedikit garam.
  • Sebelum hidang bolehlah hias dengan daun bawang dan udang yang telah direbus asing.
  • Siap!
Resepi Sup Korean Soybean 'Doenjang' Sedap Sambil Layan Drama Korea 2
Resepi Sup Korean Soybean 'Doenjang' Sedap Sambil Layan Drama Korea 3

Masakan ini sedap dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja, dan ia juga perlu dimakan ketika panas dan paling enak dimakan sejurus selepas ianya siap dimasak. Rasanya sedikit masam tetapi amat lain dari masakan Melayu kita. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ini dan alami sendiri keenakkannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.