Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Masak Lemak Keledek (Sedap Dan Mudah)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang amat sesuai sebagai hidangan diwaktu makan utama. Ketam masak lemak merupakan salah satu masakan berasaskan lemak cili api yang amat popular di Negeri Sembilan. Secara asasnya bahan utamanya terdiri dari cili api dan santan.

Namun untuk perkongsian kali ini bahan utama yang digunakan ialah ketam bersama keledek oren yang amat terkenal dengan rasa manis semulajadinya. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Ketam Masak Lemak Keledek

Bahan-bahan

  • 3 ekor ketam bunga ~ di bersihkan.
  • Keledek oren ~ di potong dadu besar
  • 1 helai daun kunyit ~ buang urat tengah dan di siat-siat
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai ~ di titik

Bahan Kisar

  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Kaedah

  • Ketam di cuci bersih. Sepitnya di ketuk sedikit
  • Masukkan ketam ke dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar, serai dan air
  • Masak hingga mendidih
  • Masukkan keledek, santan dan daun kunyit
  • Biar merenih hingga keledek empuk sambil sentiasa di kacau perlahan
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa
  • Biar kuah didih baru matikan api
  • Sedia di hidangkan.

Bagi anda yang tidak suka akan rasa yang terlalu pedas, anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Selain dari santan perah anda juga boleh menggunakan santan kotak. Gunakan serbuk kunyit jika tiada kunyit hidup untuk aroma dan warnanya. Dengan itu diharap anda akan sudi mencuba, selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Resepi Lemak Cili Api Ketam Tomato

Resepi Sotong Lemak Cili Api

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *