|

Resepi Apam Nasi Sejuk Terpaling Oldskol Anti Gagal

Resepi berikut ini adalah antara resepi apam paling popular sebab pertama ia menggunakan nasi sejuk jadi ia kerap digunakan terutama bila ada lebihan nasi sejuk. Kedua ia paling sedap dimakan dengan kelapa parut dimana ia amat mudah didapati terutama dinegara kita ini. Ketiga kerana ia amat mudahuntuk disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan amat ringkas dan mudah untuk didapati dikedai berdekatan rumah anda. Contohnya tepung beras, tepung gandum dan paling penting yis. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan dan kaedahnya.

Bahan-bahan

A

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 ½ cawan air 
  • 1 ½ cawan gula
  • 1 tsp garam
  • *kisar semua bahan hingga halus 

B

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tsp yis
  • *ayak semua bahan

Kaedah

  • Campurkan kedua bahan dan kacau hingga ia sebati.
  • Perap bahan ini 3-4 jam hingga adunan naik.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian.
  • Warnakan mengikut kesukaan anda.
  • Griss acuan dengan sedikit minyak
  • Sudukan adunan hingga hampir penuh pada acuan.
  • Kukus 20 minit dan sejukkan sebentar.
  • Kukus kelapa parut dan tambahkan garam.
  • Gaul apam dengan kelapa sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Resepi apam ini  amat mudah dicari jika di internet  namun resepi yang dikongsikan kali ini anti gagal. Jika tak jadi maksudnya mungkin yis telah rosak atau telah luput tarikh. Kelapa parut perlu dikukus terlebih dahulu supaya ia tahan lebih lama Kalau anda tidak suka pada warna anda tak perlu tambah sekadar warna asal juga memadai dan yang paling penting ia tetap sedap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Similar Posts