Resepi Kobis Gulung Ayam Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Resepi kali ini merupakan resepi yang lain dari lain kerana ia menggunakan kobis yang digulung berintikan isi ayam. Antara bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah kobis bulat, isi ayam dan bawang yang dipotong dadu. Bahan-bahannya sangat minima namun ia memberi rasa yang sangat sedap dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Dada ayam dicincang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Serbuk lada sulah
  • Garam dan serbuk perasa
  • Serbuk cili secukup rasa
  • Kobis bulat
  • Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
  • Masukan isi ayam masak sampai air kering.
  • Tambah lada sulah serbuk cili dan garam secukup rasa. 
  • Kopek daun kobis dan rebus agar lembut
  • Toskan sebelumisi inti ayam
  • Balut kemas dan kukus
  • Sedia untuk dihidang!

Bagi pengamal diet, kobis gulung ini sangat popular kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan tetapi ia mengandungi kalori yang lebih rendah apapun alasannya anda haruslah mencuba resepi ringkas lagi sedap ini ya! Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.