,

Resepi Hati Masak Kandar Masakan Ala-ala Mamak Nasi Kandar

Oleh:

Resipi kali ini merupakan sejenis masakan yang berasaskan masakan orang Utara. Hati masak kandar adalah sejenis masakan yang menggunakan hati lembu,rempah tanpa santan. Namun begitu penggunaan rempah memberikan rasa yang sangat sedap dan amat digemari peminat masakan ala mamak ini. Bagi anda yang ingin kelainan dalam hidangan keluarga apakata anda cuba sendiri resepi ini,baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan di dalam resipi ini .

Bahan utama

  • Hati lembu ( rebus dan hiris sederhana tebal)

Bahan goreng dan kisar 

  • Jintan manis 2 tbsp
  • Jintan putih 1/2 tbsp
  • Bawang Holland sebiji potong 4
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 12 tangkai cili kering

Bahan rempah

  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga

Pes kari

  • 3 tbsp serbuk kari daging
  • 1/2 tbsp  serbuk kurma
  • (Bancuh dengan sedikit air)

Kaedah 

  • Tumis bahan rempah hingga naik bau
  • Kemudian masukkan bahan yang telah digoreng dan dikisar tadi.
  • Bila ia telah naik bau masukkan pes kari dan masak hingga naik minyak.
  • Tambah sedikit kicap jika anda suka warna gelap.
  • Tambah air dan masukkan hati yang telah direbus.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.
  • Biarkan ia masak hingga kuah pekat 
  • Siap!

Selain dinikmati bersama nasi putih masakan ini sangat sedap dimakan bersama nasi minyak dan juga acar. Namun begitu anda juga boleh meratah lauk ini  begitu saja terutamanya bagi peminat hati lembu-lembu. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

[crp]