Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Hati Lembu Masak Bali Sedap Buat Beli Jiwa Suami

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Lazimnya hidangan ini dijadikan sebagai menu didalam majlis kenduri kendara. Malah ianya juga merupakan salah satu hidangan popular terutama menjelang hari raya korban. Sedap dimakan dengan nasi panas dan bagi sesetengah orang ia juga sedap diratah begitu sahaja

Antara bahan-bahan yang digunakan didalam masakan ini ialah rempah ratus yang memberi aroma menarik. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan yang amat mudah untuk didapati.

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo hati lembu (rebus dan hiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil jintan manis, jintan putih dan ketumbar
  • 2 batang serai (tumbuk pecah)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula merah 

Kaedah

  • Tumbuk jintan halus,putih dan ketumbar. 
  • Tumis hingga naik bau.
  • Kisar bawang merah,putih,cili,kunyit,lengkuas dan halia dan tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Masukkan hati dan daun limau purut, serai dan kicap manis.
  • Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
  • Siap!

Hidangan ini amat sesuai bagi anda yang gemar hati lembu. Namun begitu jika anda suka anda juga boleh menggunakan daging lembu sahaja. Oleh itu diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.