Resepi Daging Korban Berlado Podehea Mengaum

Resipi kali ini merupakan resipi ringkas yang menggunakan daging batang pinang. Penggunaan daging batang pinang ini kerana ianya lebih lembut dan sangat sedap dihidang bersama nasi panas. Dimasak bersama cili api yang dikisar dan kemudian ditumis hingga naik minyak, selepas itu digaul dengan daging yang telah digoreng lebih dahulu. Masakan ini popular terutamanya menjelang hari raya haji di mana biasanya kita akan mendapat daging korban yang segar dan masakan ini juga cepaty untuk disedaikan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan 

Bahan-bahan

  • 300-500g daging batang pinang atau bahagian lembut.
  • Hiris sederhana nipis.
  • Gaul dengan sedikit garam dan kunyit.

Bahan Berlado

Segenggam atau lebih cili api.

1 biji bawang besar

3-4 ulas bawang putih 

Kaedah

Goreng daging  sehingga airnya kering, ketepikan.

  • Rebus cili dan bawang kemudian kisar kasar cili dan semua jenis bawang.
  • Bersihkan kuali dan guna minyak baru.
  • Panaskan dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tambah garam dan sedikit perisa.
  • Apabila cili telah garing masukkan dan gaul daging tadi.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan.

Cili api direbus bersama bawang kerana ia adalah petua agar gorengan tidak menusuk hidung ketika ia garing . Untuk rasa lain pedas guna cili api kampung dan jika sebaliknya jika anda tidak suka pedas gunakan sahaja cili merah. Penggunaan gula perlu untuk membangun rasa pedas namun itu terpulanglah juga kepada selera anda. Jadi jangan lupa mencuba resipi ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Penulis