Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Daging Masak Kandar Enak Abad Ini!

author name

📄

Daging Masak Kandar merupakan hidangan yang berasal dari Pulau Pinang. Ianya merupakan hidangan yang dihasilkan oleh masyarakat Mamak dari Pulau Pinang. Rasanya enak berempah, sesuai dihidangkan bersama dengan nasi kandar. Kombinasinya bersama nasi kandar, gabungan kuah serta sayur sayuran pasti bikin anda kekenyangan sepanjang hari!

Daging masak kandar ini terdiri dengan pelbagai rempah ratus yang menyumbang kepada keenakan juadah ini. Antara rempah yang digunakan termasuklah jintan putih, jintan manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Gabungan rempah ratus inilah yang menghasilkan haruman juadah daging masak kandar yang menusuk kalbu!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Arani Zawawi di laman Facebook milik beliau, dan telah terbukti fail-proof. Jadi, jom kita lihat resepi daging masak kandar ini.

Resepi Daging Masak Kandar

daging kandar
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging
  • 20 ulas bawang kecil (dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sehingga kembang:

  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 7 buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 15 tangkai cili kering-direbus
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 labu bawang putih
  • 2 in halia
    (Kesemua ini dikisar bersama bahan yang direndam diatas bersama airnya)
  • 1 cawan sos tomato
  • 1 cawan kicap pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4-5 tangkai daun kari
  • Gula, garam, kiub ayam/daging

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan
  2. Masukkan bahan – bahan dikisar dan tumis hingga garing, kemudian masukkan daging, kecilkan api biarkn sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
  3. Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat dan dimasukkan diakhir sekali.
  4. Gula itu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli dan kalau masih kurang manis, baru ditambah gula putih.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.