Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Jeli Ball Perisa Ribena Anak Beranak Suka

author name

Resepi kali ini merupakan resepi yang sedang viral ketika ini. Jelly ball atau bebola Jeli adalah jel yang dituang didalam acuan air batu berbola. Ia amat popular digunakan sebagai acuan Jeli. Hampir semua resepi Jeli boleh digunakan didalam resepi ini. Jadi bagi anda yang mencari kelainan dalam penyediaan dessert anda boleh mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 2 pek nutrijell
  • 150g gula
  • 800ml air
  • Ribena anggaran 1 cawan

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih.
  • Bila telah sedikit suam tuang kedalam acuan bebola.
  • Simpan dalam petiais beberapa jam baru boleh keluarkan.
  • Jeli ball boleh dicucuk dengan pencucuk ataupun hidang dalam gelas dan makan bersama susu cair.
  • Siap!

Sebenarnya ada perbezaan antara serbuk agar-agar dan serbuk Jeli. Penggunaan nutrijel ini menghasilkan jeli yang lebih kenyal dan amat sesuai dijadikan jeli ball. Makan bersama susu cair pun sedap, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.