Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tomyam Campur Santan Makan Tak Cukup Pinggan

author name

📄

 Resepi kali ini merupakan salah satu resepi yang paling digemari ketika berkunjung ke restoran yang menjual masakan Thailand. Tomyam santan ini secara asasnya menggunakan bahan seperti mana menyediakan tomyam, namun perbezaan dalam resepi ini ialah penggunaan santan yang menjadi salah satu ejen untuk memekatkan kuah tomyam kita ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda mencuba sendiri resepi ini di mana bahan-bahan ini boleh dicari di kedai yang berdekatan.

Bahan-bahan

  • 4 cawan air biasa
  • 4-5 hiris lengkuas
  • 1-2 batang serai
  • 4 sudu pes Tom yam 
  • 5 biji cili padi
  • Daun ketumbar – skali dengan akarnya
  • Udang XL
  • Dada ayam dipotong
  • Fish cake
  • 1/2 cawan santan
  • Cendawan
  • 3 sudu sos ikan
  • 3 helai daun limau purut (dipotong dua atau dikoyak)
  • Isi air biasa kedalam periuk. 
  • Masukkan sekali akar daun ketumbar. 
  • Biarkan air mendidih.
  • Bila air dah mendidih dan bau ketumbar mulai wangi, masukkan daun limau purut, serai dan lengkuas. 
  • Biarkan seketika.
  • Selepas mendidih masukkan daun ketumbar yg dihiris serta pes tomyam dalam 3 sudu. 
  • Kacau lagi, kemudian masukkan ayam, fishcake dan udang
  • Masukkan santan, gaul sebati dan masukkan cendawan.
  • Biar masak seketika sebelum dihudang dengan hirisan daunketumbar.
  • Siap!

Penggunaan santan kotak lebih memudahkan walaupun anda juga boleh menggunakan santan segar. Daun ketumbar dan lengkuas adalah salah satu bahan wajib dalam masakan ini kerana ia merupakan salah satu identiti masakan Thailand ini. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *