Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tiramisu Bonomi Original Tak Perlu Bakar Tak perlu Gelatin

author name

📄

Resepi kali ini adalah resepi dessert yang saya dapatkan terus dari pembungkusnya, kadang kala kita lupa bahawa resepi yang terdapat dipembungkus makanan adalah yang terbaik digunakan untuk masak. Mungkin ramai yang skeptikal jadi saya cuba sendiri resepi tiramisu ini yang dikatakan original dan menggunakan lady finger jenama Bonomi ini. Tiramisu ini menggunakan telur mentah, cheese mascarpone, gula dan air kopi. Bahan digunakan sangat minimal dan sebenarnya itulah rahsia untuk menyediakan masakan yang sedap. Segar dan minimal tapi tentulah tekniknya perlulah betul untuk menyediakan hidangan yang sedap, jom kita tengok resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 pek lady fingers jenama Bonomi
  • 500g mascarpone cheese ( boleh juga 250g cream cheese 250g masc.cheese)
  • 2 cawan air kopi pekat (guna espresso atau nescafe gold)
  • 120g gula halus
  • 4 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • Serbuk koko

Kaedah

  • Mula-mula pukul telur kuning dengan gula hingga berkrim dan kemudian masukkan cheese sedikit demi sedikit dan pukul sampai kembang, ketepikan sebentar.
  • Dalam bekas lain masukkan telur putih dan secubit garam dan pukul hingga kaku.
  • Campurkan kedua bahan ini hingga sebati dengan teknik kaup balik supaya dia kekal gebu.
  • Sediakan bekas yang sesuai seperti mangkuk berkaca yang besar atau seperti saya yang menggunakan loyang kek empat segi (lapik dengan plastik dulu supaya senang untuk keluarkan tiramisu nanti)
  • Celup lady finger Bonomi dalam air kopi dan segera susunkan dalam bekas kaca tadi.
  • Tambahkan krim dan juga serbuk koko.
  • Ulang sampai krim dan lady fingers habis.
  • Sebaiknya bahagian atas letak baki krim
  • Sejukkan dalam petiais semalaman hingga semua bahan sebati dan sedialah untuk dihidangkan.
  • Siap!

Oleh kerana resepi ini menggunakan telur yang mentah jadi sangat penting untuk anda dapatkan telur yang berkualiti dan juga segar. Untuk mengurangkan risiko jangkitan salmonella saya pukul telur kuning menggunakan teknik double boil hingga gula larut barulah saya pukul hingga ia sebati. Rasa tiramisu ini sangat sedap mungkin kerana ia menggunakan bahan-bahan yang berkualti jadi anda boleh cuba sendiri untuk tahu kelazatannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.