Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Batik Coklat Leleh Sedap Menjilat Jari Gerenti Korang Suka

Kalau cakap mengenai kek batik, pastinya ia tidak asing lagi dengan rakyat Malaysia. Pelbagai resepi kek batik telah didapati di sekitar kita. Rakyat Malaysia yang amat kreatif menghasilkan banyak inovasi di dalam kek batik. Namun begitu, kali ini kami bawakan kek batik coklat leleh yang amat lazat dan penuh dengan coklat.

Perbezaan kek batik biasa dengan resepi kali ini adalah kerana kehadiran coklat ganache di atas kek batik ini. Coklat ganache merupakan coklat cair yang diletakkan ke atas kek batik tersebut. Cara pembuatannya amat mudah, hanya menggunakan beberapa bahan dengan bahan utamanya ialah coklat masakan dan menggunakan teknik double boil.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurnaema Naema yang sudah pastinya mendapat ratusan shares dan likes serta komen positif di laman Facebook. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat!

Resepi Kek Batik Coklat Leleh

kek batik leleh 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Kek batik:

  • 2 pek/ 540-600g biskut marie
  • 1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
  • ½ cawan / 153g susu pekat
  • ½ cawan / 50g serbuk koko
  • 1 cawan / 120g serbuk milo
  • ½ cawan / 118 ml air panas
  • ½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila

Coklat ganache:

  • 200ml /200g whipping cream
  • 200g dark chocolate
  • 1 sudu kecil ekstrak/esen vanila
  • 1 sudu besar butter

Cara – cara memasak:

Kek batik:

  1. Patah-patahkan biskut marie.
  2. Panaskan butter sehingga cair kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.
  3. Masukkan air panas, garam (kalau guna unsalted butter), telur dan esen vanila. Kacai sampai halus licin.
  4. Tuang biskut marie yg dipatahkan tadi sikit demi sedikit.
  5. Tuang ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking atau plastik. Ratakan dan tekan rapat. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.

Coklat ganache:

  1. Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.
  2. Setelah panas tuang whipping cream ke atas dark chocolate yang sudah dicincang kasar.
  3. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sampai sebatu, tidak berketul dan licin.
  4. Terus tuang atas permukaan kek batik tadi.

Nota:

  • Masak kesemua bahan guna api perlahan je.
  • Gaulkan biskut marie sedikit demi sedikit supaya senang nak sebati.
  • Tunggu sekejap 2-3 minit sehingga biskut lembut sikit baru tuang dalam loyang.
  • Kalau boleh guna coklat berkualiti tinggi supaya rasa kek batik lebih sedap.
kek batik leleh
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!