Resepi Steak Striploin Dengan Brokoli Dan Beetroot Ala Mat Saleh

Oleh:

Resepi berikut merupakan resepi masakan barat yang amat mudah untuk disediakan. Steak merupakan hidangan potongan daging yang lazimnya dihidang bersama sayur brokoli, lobak merah dan juga mashed potato. Namun dalam perkongsian kali ini steak digabung bersama salad yang lebih menarik dan sedap. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 3-4 keping striploin

Bahan perapan

  • 1tsp serbuk bawang
  • 1tsp serbuk bawang putih
  • 1tsp serbuk paprika
  • 1tsp serbuk lada hitam
  • 1tsp serbuk parsley
  • 1tbsp sos worcestershire
  • 1tbsp sos lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Kaedah

  • Perap striploin dengan semua bahan selama 30minit.
  • Panaskan kuali dan tambah sedikit minyak masak atau minyak zaitun
  • Grill daging hingga masak
  • Hidangkan bersama brokoli, carrot atau beetroot yang digrill menggunakan lebihan minyak daging steak tadi.
  • Siap

Striploin yang digunakan didalam resepi kali ini adalah jenis sejuk beku yang lebih murah dan mudah didapati. Namun jika ada kemampuan anda boleh dapatkan striploin yang segar dan mudah didapati dipasaraya. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini