Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asparagus Masak Brown Garlic Tanpa Msg

author name

Resepi kali ini adalah antara masakan ringkas yang saya sendiri cuba untuk menikmati keenakan asparagus yang dikatakankan orang. Sebab penyediaan dia sangat ringkas tapi bila dah siap masak ianya sedap sangat. Bahan-bahan digunakan juga amat ringkas seperti pure better dan bawang putih selain daripada asparagus itu sendiri. Walaupun menggunakan bahan ringkas tetapi anda kena cubalah sendiri nak tau takat mana sedapnya tu. Jom try!

Bahan-bahan 

  • Asparagus (buang hujungnya sahaja)
  • Bawang putih (cincang)
  • Unsalted pure butter
  • Secubit garam laut
  • Hirisan lemon (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter hingga sedikit kekuningan dan kemudian terus tumis bawang putih.
  • Biarkan bawang bertukar coklat dan kemudian masukkan asparagus.
  • Kalau terlalu kering tambah sedikit air dan masak hingga asparagus empuk.
  • Taburkan sedikit garam dan akhir sekali perah kan sedikit jus lemon jika anda suka.
  • Siap!

Nak sedap kena guna pure butter macam jenama Anchor dan kena guna jenis unsalted kalau guna salted rasanya akan sedikit lari lah so kena guna pure butter. Nak tambah hirisan buah lemon pun sedap kalau suka lah tapi kalau tak pun rasa asparagus tu mmg sedap. Kena cubalah!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.