Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Lasagna Pemanggang Ajaib Paling Mudah tetapi Masih Lazat!

author name

📄

Lasagna, ianya merupakan salah sebuah hidangan yang didatangkan daripada Barat. Ianya merupakan gabungan daging hancur bersama tomato dan dilapiskan bersama pasta lasagna. Lasagna merupakan hidangan lengkap yang sesuai dihidangkan pada waktu makan malam atau tengahari. Ianya juga selalu dihidangkan pada musim keraian oleh kerana porsinya yang besar.

Lasagna kali ini adalah resepi lasagna yang lebih istimewa kerana anda tidak perlu menggunakan ketuhar untuk membakarnya. Malah anda boleh menggunakan dapur anda untuk menyediakan hidangan ini. Cara pembuatannya adalah sama, cuma anda terus menyediakan juadah ini di dalam pemanggang ajaib. Kemudian, apabila tiba waktu menghidang, anda cuma perlu memotongnya mengikut bahagian yang anda kehendaki.

Resepi ini dikongsikan oleh Natasha Ismail dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok resepi ini!

Resepi Lasagna Pemanggang Ajaib

lasagna periuk ajaib 2
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kotak Lasagna San Remo – dicelur sehingga boleh dilentur.
    Nota: Jangan ditindankan.
  • 1 Biji bawang besar / holland – hiris halus
  • 2 ulas bawang putih – hiris halus
  • Lada benggala kuning, hijau, merah – hiris dadu
  • Separuh lobak merah – potong dadu
  • 1 pek daging kisar / daging burger / ayam bahagian dada dihiris / daging rebus dalam segenggam
  • 2 tin sos pasta adabi
  • 1 tin cendawan butang / cendawan tin – hiris nipis
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan susu full cream
  • Keju cheddar 8 keping

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris – minyak jangan banyak
  • Masukkan daging/ ayam.
  • Goreng separuh masak.
  • Masukkan sos pasta dua tin
  • Masukkan carrot, lada benggala dan cendawan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sekiranya terlalu pekat
  • Taburkan oregano dan secubit garam
  • Masak dengan api sederhana.
  • Masukkan mentega dan tepung.
  • Kacau dengan api perlahan.
  • Masukkan susu dua cawan.
  • Akhir sekali, masukkan cheddar cheese.
  • Kacau sehingga likat.
  • Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air.
  • Masak dengan api kecil.
  • Siap!
  • Sapukan pemanggang ajaib dengan mentega / planta di keseluruhannya.
  • Letakkan lasagna yang telah dicelur tadi.
  • Letakkan inti lasagna merah di atas keseluruhan kulit lasagna.
  • Ratakan.
  • Taburkan keju parmesan.
  • Letakkan lasagna yang telah dicelur utk lapisan kedua.
  • Letakkan pula sos putih dan ratakan.
  • Ulangi proses melapis sehingga lapisan yang paling atas taburkan keju mozarella.
  • Bakar dengan api sedehana dalan 7 minit. Siap!
lasagna periuk ajaib
Image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *