Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Popia Dapat Tekstur Rangup

author name

Kalau kita tengok sekarang pelbagai jenis popia yang ada kan? Kalau dulu ada popia basah dan popia rangup. Seiring dengan peredaran zaman resepi popia telah diolah mengikut citarasa tersendiri. Sesuai juga dijadikan sebagai kudapan, bila dapat makan memang ralit.

Resepi popia kali ini yang kami nak kongsikan ada pelbagai jenis dan variasi untuk anda cuba. Mana tahu boleh dijadikan sebagai idea jualan atau kudapan? Jom baca bersama.

Resepi Popia Sira Sambal

Popia sira sambal merupakan kuih melayu lama yang masih mendapat perhatian sekarang. Dapat pula yang tekstur rangup memang ralit. Resepi oleh NoraFiza Kamarin.

Bahan-bahan

Bahan utama (inti sayur)

  • 1pack Kulit popia/50pcs
  • 1biji Sengkuang(size sdrhana)
  • 3biji lobak(size sdrhana)
  • Udang geragau(2 sudu besar)
  • Sdikit serbuk perasa

Cara penyediaan

  1. Sagat panjang sengkuang dan lobak.
  2. Tumis bahan semua dalam kuali dengan sedikit minyak masak agak bahan layu.
  3. Kemudian toskan&sejukkan bahan tadi dale raga berlubang supaya air dari lobak, sengkuang kering.
  4. Bahan inti dah kering & sejuk boleh start menggulung.
  5. Gulung jangan trlalu ketat@padat inti pun jangan terlalu banyak supaya popia tak lemau bila sejuk lekatkan dengan air pada hujung gulungan supaya tak terbuka.
  6. Habis menggulung semua popia boleh goreng garing dengan api yang sederhana.
  7. Toskan popia goreng bagi suam2@sejuk sebelum disira.

Bahan sambal

  • 8sb cili kisar (10tangkai cili kering+ 1/2 labu bawang putih+air sikit paras bahan blend halus)
  • 5sb@1 1/2cwn kopi gula pasir
  • 2sb Sos cili
  • 1sk perasa cukup rasa
  • 2sb Bijan
  • 1/2 cwan minyak masak

Cara penyediaan

  1. Tumis cili yang di blend hingga pecah minyak.
  2. Masukkan perasa cukup rasa, gula pasir, sos cili & bijan kacau hingga pekat & berbuih api sedang sahaja.
  3. Gula memang guna lebih dari cili, tips untuk bagi popia kekal rangup sos cili pula untuk bagi nampak berkilat cantik.
  4. Dah pekat serta berbuih tutup api.
  5. Sambal dah suam terus masukkan popia gaul sampai rata.

Resepi Popia Basah

Kalau anda tak suka yang versi ranggup boleh cuba resepi popia basah dari Rozmaliza Omar. Tekstur lembut dan inti pun banyak.

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 220 gm tepung gandum
  • 300 ml air + 20 ml jika perlu
  • 1 sdb tepung jagung (untuk elak kulit cepat koyak)
  • 1 sdb cuka
  • 1sdb minyak
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 sdk garam

Cara penyediaan

  1. Campurkan garam dan tepung gandum hingga rata, tuangkan air dan masukkan putih telur, cuka minyak. Kacau hingga sebati.
  2. Blend adunan untuk elakkan adunan berbintil
  3. Sediakan kuali tidak melekat (non stick pan) dan berus kecil.
  4. Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu adunan cepat² atas kuali hingga rata dan menutupi permukaan kuali.
  5. Kecilkan api, masak kulit hingga nampak kering. Terbalikkan permukaan sebelah lagi. Masak sebentar. Ketepikan.
  6. Bersihkan kuali dengan kain lembab tiap kali ulangi proses memasak sehingga semua adunan habis.

Bahan sos popia basah

  • 4 sudu (b) cili kering mesin
  • 10-12 biji buah kurma dibuang biji dimesin lumat
  • 1 mangkuk bawang goreng
  • 1 senduk kecil sos labu thai
  • Gula secukup manis
  • Asam jawa dan garam

Cara penyediaan

  1. Cili kering mesin dimasak bersama gula.
  2. Masukkan buah kurma mesin, asam jawa, sos labu thai dan juga bawang goreng yang diramas. Masak sampai pekat dan berkilat.

Bahan inti popia basah

  • 1 biji sengkuang**
  • 1 batang carrot**
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 keping isi dada ayam dicincang kasar

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam kering dan masukkan bahan² (**) yang disagat.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, gula, garam dan secukup rasa.

Bahan telur tabur

  • 2 biji telur
  • 1 sdt maggie cukup rasa
  • 1 sdt udang kering ditumbuk

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur hingga rata dan masukkan maggie aecukup rasa dan udang kering.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tuang telur dan kacau rata hingga jadi scrambled egg dan masak hingga garing.

Cara gulung popia

  1. Sediakan kulit. Sapukan sos pada kulit dan letakkan inti.
  2. Gulung kemas, letakkan dalam pinggang dan sapukan sos sekali lagi di atasnya.

Resepi Popia Nestum

Popia nestum ini boleh dijadikan kudapan untuk anak-anak. Memang sedap dengan penuh rasa nestum. Nak buat pun senang. Resepi dari Fareeza Lieza.

Bahan-bahan

  • 1 cawan nestum perasa original-kisar
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula halus

Cara Penyediaan

  1. Kesemua bahan satukan dan ketepikan.
  2. Sedikit tepung gandum yang dibancuh dengan air sebagai gam pada kulit popia.
  3. Kulit popia gulung gunakan straw gulung jangan ketat takut nanti popia tak rangup.
  4. Kulit popia yang digulung boleh digunting serong 1.5cm kemudian di goreng.
  5. Bila dah agak sejuk bolehlah digaul dengan serbuk nestum tadi.

Resepi Popia Beef Caramel Pepper

Popia inti beef caramel ini memang unik, ala western sikit. Tapi gabungan inti dan tekstur popia yang rangup memang menjadi. Resepi oleh Neateyla Kek Tapak Kuda.

Bahan-bahan

  • 500grm daging(dipotong kecil) – boleh guna juga daging kisar
  • Bawang holand 1biji potong dadu
  • Cili bengala (potong dadu kecil)
  • Kentang 3biji (potong dadu kecil)
  • Daun sup 3btg (potong kecil)
  • Bawang putih 3ulas (cincang)
  • Kicap caramel pekat 3sudu
  • Sos tiram 2 sudu
  • Kiub ayam half
  • Black pepper ikut selera memasing
  • Sedikit garam..
  • Cheese mozarella
  • Kulit popia

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging biar masak sebati.
  3. Masukkan kentang gaulkan.
  4. Kemudian masukkan, caramel pekat, sos tiram, kiub ayam, black pepper dan garam.
  5. Gaul sehingga masak elok.
  6. Last sekali baru dimasukkan cili bengala dan daun sup. Gaul sebati dan siap.
  7. Sejukkan inti sebelum kite balut kulit popia letak cheese mozarella di atas dan boleh lah membalut.

Resepi Popia Carbonara

Popia carbonara juga merupakan kegemaran anak-anak. Bukan setakat boleh buat juadah minum petang malah untuk sarapan pun baik. Inti yang padat memang dapat mengenyangkan. Resepi ini dari Juita Jaafar.

Bahan-bahan

  • Sekeping dada ayam- cincang kasar
  • 2 sosej jumbo- slice (kalau kecik guna 6-7 btg)
  • 1 btg carrot – hiris mancis
  • 1 labu bwg holland- dadu kecil
  • 5 ulas bwg putih- cincang
  • 2 cendawan shitake- dadu
  • 3 cendawan butang/oyster – dadu
  • 4 tb tepung gandum
  • 3/4c susu segar/ susu cair
  • 3/4c air
  • 1 ts garam
  • Sedikit italian herbs/ oregano/ thyme
  • Sedikit lada sulah serbuk
  • Sedikit lada hitam serbuk
  • 3 keping cheese
  • Segenggam cheese parut- optional
  • 1/4c butter unsalted.
  • Sedikit minyak

Cara Penyediaan

  1. Panaskan butter dan minyak dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih hingga wangi. Masuk bawang holland dan cendawan.
  3. Tumis sebentar.
  4. Masuk isi ayam. Kacau hingga masak. Kemudian kecilkan api.
  5. Tabur tepung kedalam kuali dan kacau rata. Adunan akan memekat.
  6. Tuang separuh susu. Kacau rata.
  7. Tuang separuh air. Kacau rata.
  8. Masuk carrot. Tuang lagi susu. Dan air yang last jgn tuang semua. Tengok kepekatan adunan.
  9. Adunan jadi pekat tapi tak terlampau pekat atau bergumpal.
  10. Perisakan dgn garam dan herbs serta lada putih dan hitam.
  11. Koyak cheese dan gaulkan cheese parut.
  12. Kacau hingga cheese lebur. Angkat dan sejukkan.

Resepi Menarik Yang Lain

Ada banyak lagi resepi menarik dan sedap yang anda boleh cuba telah kami kongsikan. Terima kasih juga kerana telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *