Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Wonder Cheeze

RESEPI WONDER CHEEZE VERSI HOMEMADE
Silakan share

RESEPI WONDER CHEEZE VERSI HOMEMADE

Esok hari last sekolah, so mak-mak sila bersedia dengan bermacam-macam resepi supaya takde yang meracau bukak tutup peti/saji 24 jam.?

Nah! Seperti yang dijanjikan, malam ni Cik Kim share resepi kudap-kudap paling senang tapi die punye sedap tahap makan 1 balang sorang pun tak perasan. Gittu. ?.

Berbaloi sangat la nak buat. Sebalang wonder cheese tu RM25.? Tu pun biase hadap tak tengok orang sebelah. Berebut adik-beradik payah!

Bahan-bahannya
1. Kulit Popia (Brand pape pun boleh)
2. Minyak
3. Balang kedap udara

Bahan dikisar
1. 3-4 sudu serbuk cheese
2. 1 Serbuk cili (Cap Baba’s pun ok)
3. 1 sudu gula (Gula kastor lagi ok)

Cara buat
+ Popia potong ikut saiz yang korang suka. Petak ke, panjang ke, bulat ke. (Cik Kim buat cam papadom kecik tu)

+ Goreng kulit popia yang dipotong. Api perlahan. Goreng sampai kuning-kuning sikit. Angkat. Pastu tosskan minyak.?

+ Kisar kering (Gula castor, chili powder, powder cheese – sukatan 3-4 sudu. Tapi bley tambah ikut berape perase korang nak)
Step akhir, gaul dan simpan dalam bekas kedap! Senang giler dan super sedap. Anak-anak korang mesti teruja. Buat jangan tak buat tau.?

Tips:
-1 peket kulit popia tu boleh dapat dalam 5 balang.
-Tak nak pedas letak sikit je serbuk cili tu.
-Rasa nak banyak perisa, kisar la lagi?
(selera masing-masing)

Share tau!Nanti orang lain pun boleh buat.

Credit : Norhakimah Hanafi #mahn

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!