Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Popia Bergedil Simple Guna Kulit Popia Je Pun Sedap

Resepi kali ini merupakan resepi snek yang amat mudah untuk disediakan. Popia bergedil adalah gabungan inti bergedil bersama kulit popia.Biasanya inti bergedil diguna bersama tauhu pok dan ianya amat diminati dan mendapat permintaan yang tinggi. Namun begitu bagi popia bergedil penyediaannya amat mudah dan bahan-bahan digunakan juga sangat ringkas.

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah kentang, isi ayam dan kulit popia, berikut adalah cara-cara menyediakan popia bergedil.

Bahan-bahan

  • Kulit popia secukupnya

Bahan intiĀ 

  • Isi ayam (cincang halus dan goreng sebentar)
  • Ubi kentang (goreng dan pastikan ia empuk, lenyek)
  • Cili merah (hiris halus)
  • Daun sup ( hiris halus)
  • Bawang goreng
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Bahan salut

  • Telur secukup mengikut saiz popia.

Kaedah

Penyediaan inti:

  • Campurkan semua bahan inti hingga ia menjadi satu adunan yang boleh dikepal.
  • Bulat-bulatkan inti mengikut bilangan kulit popia.
  • Untuk meletakkan inti, mula-mula lipat suku dari kulit popia kebahagian dalam.
  • Selepas itu letak inti, tutup dengan sebahagian lagi kulit popia
  • Gulung hingga siap.
  • Celup dalam telur dan goreng hingga kulit popia garing.
  • Siap!

Yang menjadikan ia lebih sedap ialah bila ia dicelup dengan telur sebelum digoreng kemudian dicicah dengan sambal kicap yang manis dan pedas. Sesuai sebagai hidangan minum petang, selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!