Resepi Mayonis Homemade Lebih Sedap Gerenti Jimat

Oleh:

Resepi berikut ini ialah resepi mayonis yang dibuat sendiri. Mayonis merupakan salah satu bahan yang banyak digunakan didalam penyediaan pelbagai jenis hidangan terutama masakan barat.Ianya selalu menjadi pilihan kerana memberi rasa lemak dan berkrim. Mayonis boleh didapati dipasraya dengan mudah dan harganya tidaklah mahal.

Namun begitu sebenarnya mayonis boleh dibuat sendiri dimana Ianya lebih baik kerana anda dapat mengawal bahan yang digunakan, berikut adalah bahan-bahan diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 biji telur pasterius
  • ½ tsp garam halus
  • ½ tsp serbuk lada hitam
  • 1tsp dijon mustard
  • 1 tsp cuka
  • 1 cawan minyak masak/kelapa dara/minyak zaitun

Kaedah

  • Kisar telur, garam, serbuk lada hitam,dijon mustard dan cuka.
  • Bila dah sebati tambah minyak sedikit demi sedikit hingga ia menjadi berkrim.
  • Simpan dalam bekas yang sesuai.
  • Tahan 2 minggu dalam peti ais.
  • Siap

Pelbagai cara dan bahan yang boleh digunakan didalam penyediaan mayonis ini. Kadangkala gula juga digunakan untuk memberi rasa yang lebih sedap, namun itu terpulang pada citarasa dan selera anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.