Koleksi 10 Resepi Sambal Belacan Paling Mengancam Sedap

Koleksi kali ini akan menghimpunkan kepada anda 10 resipi sambal belacan yang paling digemari di negara kita. Sambal belacan merupakan salah satu menu sampingan yang paling digemari kususnya masyarakat Melayu. Ianya diperbuat daripada belacan yang dibakar cili api dan juga bahan yang masam seperti limau kasturi , cuka ataupun asam jawa.

Sambal belacan yang paling baik haruslah pedas masam sedikit dan sudah tentu ia mestilah menggunakan belacan yang baik. Sedikit maklumat tentang belacan ialah ianya diperbuat daripada udang kemudian proses ingin menjadi pes. Belacan biasanya didapati di negeri Melaka,Pulau Pangkor ,Pulau Pinang dan beberapa negeri dipantai timur negara kita ini yang mengeluarkan belacan kerana mempunyai sumber laut yang banyak.

Baiklah mari kita lihat apakah dia 10 resipi sambal belacan yang telah berjaya kami himpunkan di dalam koleksi kali ini

1. Resepi Sambal Belacan Tomato

Resepi ini menggunakan buah tomato dalam sambal belacan. Tomato terkenal dengan rasa yang masam-masam manis tetapi ia juga digunakan bagi mengurangkan rasa pedas di dalam sambal belacan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 biji Cili merah- dibuang bijinya & potong kecil
  • 5 biji Cili padi – ikut suka kepedasan
  • 1/2 biji Bawang besar – dipotong kecil
  • 1 inci belacan – dibakar
  • 1 biji Tomato besar- dicincang halus
  • 3 biji Limau kasturi – diperah airnya & dihiris kulitnya
  • Garam dan gula – secukup rasa

Kaedah

  • Tumbuk cili merah, cili padi, bawang besar dan belacan sehingga lumat. 
  • Boleh juga dikisar gunakan blender tapi masukkan suku tomato yang dicincang tadi.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk atau kisar kedalam mangkuk dan masukkan tomato cincang, air dan kulit limau kasturi.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Siap

2. Resepi Sambal Belacan Mangga 

Seterusnya resepi sambal belacan mangga, di dalam resepi ini menggunakan digunakan ialah mangga yang telah masak ranum. Gunakan mangga yang jenis masam kau ni ianya lebih sedap. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 300gm cili padi
  • 3 biji buah mangga masak
  • Sekeping belacan | dibakar
  • 2 ulas bawang putih | dibakar
  • 1 biji bawang besar | dibakar
  • Sedikit garam dan gula

 Kaedah

  • Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.
  • Perasakan dengan garam dan juga gula secukupnya.
  • Akhir sekali, masukkan mangga masak dan gaul hingga rata.
  • Siap!

3. Resepi Sambal Belacan Goreng 

Resepi ini merupakan salah satu cara untuk menyediakan sambal belacan menggunakan teknik menggoreng. Resepi ini sesuai bagi anda yang ingin membuat stok sambal belacan dan simpan didalam petiaias, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Tomato 2biji(buang biji)
  • Bawang putih 4
  • Bawang besar 2biji
  • Cili api 10biji
  • Cili besar yg merah 15biji
  • Limau nipis 2biji
  • Limau kasturi 15biji
  • Belacan separuh peket
  • Garam 1 sudu
  • Gula 3 sudu
  • Ajinamoto 1 sudu
  • Minyak 2sudu untuk menumis
  • Air masak sikit agak

Kaedah

  • Goreng semua bahan sehingga layu
  • Kisar semua bahan hingga sebati.
  • Jangan terlalu lumat 
  • Siap!

4. Resepi Sambal Belacan Ala Thai

Resepi ini mempunyai beberapa bahan yang sedikit berbeza berbanding sampai belacan yang kita biasa gunakan di negara kita, bagi anda yang ingin melihat sendiri merasai sendiri kelainan sampai ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • Cili padi 3 genggam.
  • Sedikit belacan bakar
  • Bawang putih (bakar)
  • Bawang merah (bakar) 
  • Bawang besar (bakar) 
  • Gula merah ½ bahagian
  • Cuka ( sukatan ikut citarasa)
  • Sos ikan 1 -2  sudu
  • 2 biji limau kasturi (belah 4)

Kaedah 

  • Kisar semua bahan. 
  • *Tidak perlu tambah air agar ia tahan lebih lama.

5. Resepi Sambal Belacan Mak Mentuo

Seterusnya sambal belacan ini mempunyai rasa pedas yang teramat sangat kerana ia menggunakan cili api kampung yang jenis kecil tetapi sangat pedas setengah orang memanggilnya cili api burung. Bagi anda yang ingin mencuba resipi yang sangat ringkas dan kertas ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • Satu genggam cili api burung.
  • Dua ulas cili merah. 
  • Satu inci belacan yang dibakar.
  • 3-5 biji limau kasturi 
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan semua bahan. 
  • Tumbuk cili api dan cili merah sehingga lumat kemudian tambahkan belacan. 
  • Tambahkan garam dan gula serta serbuk perasa. 
  • Kacau semua bahan menjadi sebati dan akhir sekali masukkan limau kasturi yang diperah. 
  • Anggarkan sendiri rasa masam yang mengikut citarasa anda.
  • Siap!

6. Resepi Sambal Belacan Ringkas

Untuk menyediakan sambal belacan sebenarnya tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak seperti resipi yang dikongsikan kali ini di mana ia menggunakan bahan dan cara yang ringkas didalam penyediaannya, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • Segenggam cili padi
  • 4 ulas cili merah 
  • 1 ½ Belacan
  • Garam kasar
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan cili api dan cili merah, potong kecil. Ketepikan.
  • Gril atau bakar cili-cili dan belacan.
  • Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar, masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Kisar hingga lumat atau sedikit kasar mengikut selera.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan seminggu didalam peti ais.

7. Resepi Sambal Belacan Ikan

Seterusnya resepi sambal belacan yang dikongsikan oleh Mariana Abd Majid menggunakan ikan sebagai bahan utamanya. Kebiasaannya sambal belacan ikan ini berasal dari pantai timur kerana disana ikan lebih murah, berikut adalah bahan yang diperlukan.

sambal belacan isi ikan
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Cabai hidup *
  • Cili padi *
  • Belacan *
  • Garam kasar *
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sebiji limau kasturi
  • Isi ikan rebus (temenung/sardin)

Cara – cara memasak:

  1. Tumbuk kesemua bahan bertanda (*) supaya lumat.
  2. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula.
  3. Gaul kesemuanya.
  4. Perah sebiji limau kasturi.
  5. Masukkan isi ikan rebus (temenung/sardin)
  6. Siap!

8. Resepi Sambal Belacan Cekur

Resepi ini ialah resepi sambal belacan yang menggunakan cekur. Iaitu sejenis ubi kecil seperti kunyit yang amat baik untuk kesihatan. Ia merupakan bahan masakan yang paling digemari kuhusunya oleh masyarakat Jawa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 3 tangkai cili besar
  • 6 tangkai cili kecil
  • 2 inci ubi ekur
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air asam jawa

Kaedah

  • Cili besar, cili kecil dan belacan ditumbuk lumat. 
  • Tumbukkasar cekur bersama bahan lumat tadi 
  • Masukkan garam & gula. 
  • Gaul sekata. 
  • Campurkan air asam jawa. 
  • Siap 

9. Resepi Sambal Belacan Sihat 

Satu lagi resepi sihat yang diubahsuai sebagai sambal belacan sihat. Dalam resepi ini ia tidak menggunakan bawang sebaliknya hanya mengguna bawang putih, cili api,cuka dan stevia. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Segenggam cili api merah
  • 1 ulas bawang putih bakar
  • ½ inci belacan bakar
  • 1-2 sudu teh cuka makan
  • 2-3 titik stevia

Kaedah

  • Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan
  • Masukkan cuka,garam dan juga stevia
  • Siap!

10. Resepi Sambal Belacan Strawberi

Resepi terakhir dalam koleksi ini ialah sambal belacan strawberi. Mungkin ramai yang tidak pernah mencubanya namun sebenarnya ia amat sedap. Oleh kerana strawberi yang terdapat dinegara kita mempunyai rasa yang amat masam jadi ia memang sesuai digunakan didalam sambal belacan, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 15 biji lada kecil
  • 2 biji lada merah besar
  • Belacan bakar 1 inci
  • Strawberry sesuka hatimu
  • Garam dan gula secukup rasa.

Kaedah

  • Bakar cili dan belacan.
  • KIsar atau tumbuk semua bahan
  • Tambahkan strawberi dan perasakan gula dan garam.
  • Siap

Itulah dia 10 resepi sambal belacan yang boleh anda cuba. Paling sedap ia dinikmati bersama ulam-ulaman dan sepinggan nasi panas. Sambal belacan mempunyai rasa pedas yang boleh diubah suai sendiri tahap kepedasannya mengikut cita rasa kita. Sekiranya anda penggemar makanan pedas, anda boleh cuba menggunakan cili api merah atau ia juga dikenali sebagai cili api bangla. Tetapi sekiranya anda disebaliknya, anda boleh hmenggunakan cili merah biasa. 

Bukan itu sahaja, rasa premium sambal belacan juga dipengaruhi oleh tahap kesegaran belacan tersebut. Selalunya belacan yang segar boleh didapati di pasar tani. Saya berharap sambal belacan yang anda buat akan dapat memuaskan hati si pemakannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *