Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ikan Siakap Berlada Ubat Rasa Rindu Pada Kampung

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi menu yang amat sesuai disediakan terutama diwaktu makan tengahari. Masakan ikan siakap berlada ini diubahsuai daripada masakan kampung berlada dimana  bahan-bahan yang digunakan amat ringkas. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah ikan siakap, cili api,cili merah,bawang besar dan juga bawang putih. Paling sedap dihidangkan bersama kuah bersup seperti singgang atau lemak putih sayur dan sepinggan nasi panas.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 tbs tepung jagung
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Kaedah

  • Cuci siakap dengan air asam limau.
  • Kemudian bilas bersih dan tos.
  • Kelar bahagian badan ikan
  • Lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung
  • Panaskan minyak  dan goreng tenggelam ikan siakap hingga garing.
  • Ketepikan.

Bahan kisar

  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 3 ulas cili merah

Bahan lain (pilihan)

  • Bawang besar potong baji
  • Cili api hiris serong
  • Sos cili

Kaedah

  • Kisar kasar semua bahan.
  • Tumiskan bahan lain iaitu bawang besar dan cili api.
  • Tambah garam dan serbuk perasa.
  • Goreng sehingga cili menjadi cukup garing dan masak.
  • Tambah sos cili jika suka
  • Tutup api dan tuang diatas ikan yang telah digoreng
  • Siap!

Masakan ini mempunyai rasa yang amat pedas, jadi ia sesuai bagi peminat makanan pedas. Namun begitu selain dari menggunakan cili api anda juga boleh menggunakan bahan cili merah sahaja kerana ia kurang pedas. Oleh itu diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini bersama mereka yang tersayang Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.