Resepi Overnight Oats Kismis Berkacang Boleh Kurus

Resepi kali ini merupakan satu perkongsian sarapan pagi yang sihat dan amat sesuai bagi mereka yang peka akan kesihatan tubuh badan. Overnight Oats diperbuat daripada rolled oats, chia seed, susu dan juga yogurt. Bahan-bahan ini tinggi serat dan mengandungi gula kompleks yang akan membuat anda kenyang lebih lama. Perkongsian kali ini akan menggunakan kismis dan kekacang yang telah dibakar awal, ia memberi rasa yang lebih sedap. Cara menyediakan ia juga amat mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • 1 sudu besar kismis
  • Segenggam kacang campuran yang telah dibakar
  • 1 sudu besar madu

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan kismis,kacang dan madu
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!
Resepi Overnight Oats Kismis Berkacang Boleh Kurus 2
Resepi Overnight Oats Kismis Berkacang Boleh Kurus 3

Overnight oat ini perlu disediakan lebih awal dan dibiarkan selama sekurang-kurangnya 12 jam agar isi lebih mesra dan juga sebati. Simpan didalam balang kecil agar lebih mudah untuk dimakan terutama bagi anda yang bekerja. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.