Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kuah Kacang Paru Kena Cuba Baru Tau

author name

Resepi kali ini merupakan resipi yang sangat popular terutamanya di musim perayaan seperti hari raya. Kuah kacang merupakan sejenis masakan yang disediakan menggunakan kacang tanah. Namun dalam perkongsian kali ini kita akan kongsikan cara membuat kuah kacang bersama paru. Masakan ini sangat sedap dimakan bersama nasi impit ataupun lemang. Oleh kerana ia dimasak bersama paru, ia juga sedap diratah begitu sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 500g kacang tanah
  • 13 tangkai cili kering 
  • 2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras 
  • 2 batang serai.
  • 1 keping asam keping
  • 5 sudu gula.
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • 300g paru ( rebus empuk dan hiris kecil)

Kaedah

  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
  • Masukkan bawang besar dan buah keras. 
  • Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya. 
  • Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit. 
  • Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
  • Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
  • Kemudian masukkan paru
  • Masukkan gula,asam keping, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
  • Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.

Dalam penyediaan kuah kacang rasa yang diimbangi ialah pedas dan manis. Oleh itu penggunaan jenis cili boleh mempengaruhi rasa pedas jadi sukatan gula perlu disesuaikan agar tidak terlalu manis atau kuah kacang menjadi terlalu pedas. Selamat mencuba resepi mudah dan enak ini ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.