Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Putih Udang Geragau Sesuai Breakfast

Resepi kali ini merupakan resepi berasaskan bihun yang ini sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi ataupun minum petang. Bihun udang geragau memberi sedikit kelainan berbanding bihun yang biasa kita makan atau masak bersama udang kering. Ini kerana udang geragau rangup bila digoreng. Udang geragau ialah sejenis udang kecil yang berwarna putih yang terdapat dipantai-pantai sahaja. Ia juga biasanya digunakan dalam pembuatan cencaluk. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba masakan ini berikut adalah bahan-bahannya dan cara penyediaan.

Bahan-bahan

  • 1 pek bihun (rendam dengan air paip sahaja)

Bahan kisar

  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili api (pilihan)
  • Udang geragau
  • Lada hitam (pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula guntingĀ  bihun yang telah lembut menjadi sedikit pendek-pendek agar mudah untuk digaul nanti.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi.
  • Biarkan ia naik bau dan tambah garam serta ajinomoto.Ā 
  • Masa ni nak letak serbuk lada hitam pun ok.
  • Kemudian masukan bihun tadi dan gaul hingga sebati semuanya.
  • Sebelum hidang taburkan daun sup, hirisan cili api dan juga udang geragau goreng.
  • Siap!Ā 

Jika anda hendak tambah rencah seperti ayam ataupun daging juga boleh ini adalah bergantung kepada kita rasa anda. Tetapi bihun goreng biasanya digoreng dengan menggunakan bahan yang kering seperti udang geragau ini. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!