Resepi Bihun Goreng Biasa Paling Sempoi Giler

Oleh:

Resepi kali ini merupakan antara masakan yang paling kerap dihidang semasa sarapan pagi,majlis kecil ataupun dijadikan ketika meriakan jamuan pot luck. 

Bihun goreng juga antara masakan yang amat rendah kos dan mudah untuk disediakan. Oleh kerana ia adalah kategori mee kering maka ianya tahan lama dan sesuai dijadikan simpanan dirumah.

Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda bahan-bahan yang digunakan didalam resepi bihun goreng biasa ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan Bahan: 

  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak 

Bahan Tumbuk

  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 genggam udang kering – direndam 

Kaedah

  • Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili naik minyak.
  • Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. 
  • Masukkan lobak merah dan kobis.
  • Kemudian masukkan bihun kacau rata sehingga bihun lembut dan empuk.
  • Goreng lama hingga semua bahan sebati.
  • Tutup api dan hias dengan cili potong, daun bawang dan bawang goreng jika suka.
  • Siap!

Bihun goreng juga sesuai dijadikan bekal ke sekolah atau tempat kerja. Malah juga sesuai dibawa sebagai bekal didalam perjalanan kerana ia tahan dan tidak cepat basi. Elakkan penggunaan tauge agar tahan lebih lama. Oleh itu diharap anda akan mencuba resepi ini, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Leave your vote

Jom share artikel ini jika bermanfaat

Tentang penulis

Photo of author
Mazaliffah Md Esa
Seorang ibu dan isteri yang berpengalaman dalam pengurusan rumah tangga dan masakan khususnya bidang pastri lebih dari 10 tahun.

Tinggalkan komen di sini

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.