Resepi Soto (Semudah 1,2,3!)

soto

Soto adalah makanan tradisional Indonesia dimana ianya terdiri daripada sup, daging dan sayuran. Soto amat digemari oleh kita dan ianya dijual di banyak kedai dikeliling kita.

Namun, tahukah anda, soto amat mudah untuk disediakan? Dengan langkah – langkah yang kami sediakan di bawah, anda boleh menyediakannya sendiri.

Resepi ini dikongsikan oleh Nur Azirah Zaid dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Soto

soto
image via Facebook

Bahan – bahan:

Kuah Soto:

  • Halia
  • Lada putih
  • 1 sudu jintan manis
  • Bawang besar
  • Bawang putih

Kisarkan bahan di atas.

  • Ayam
  • Garam
  • Perasa
  • Air
  • 3 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  • Rempah sup

Cili kicap:

  • Cili padi merah dan hijau
  • Seulas 2 bawang putih
  • Kicap dan garam
  • Gula
  • Limau 1 biji

Langkah – langkah memasak:

  • Panaskan minyak, tumiskan 3 sekawan. Apabila sudah naik bau, masukkan bahan kisaran tadi.
  • Tumis sehingga naik minyak dan garing.
  • Masukkan rempah sup dalam 2 ke 3 sudu. Tumis sehingga naik minyak. Sentiasa kacau.
  • Masukkan ayam, dan kacau.
  • Masukkan air mengikut paras yang anda hendak.
  • Biarkan mendidih lama sehingga ayam empuk. Lagi lama lagi sedap!
  • Perasakan dengan perasa dan garam.
  • Siap!

Cili kicap:

  • Kisarkan kesemua bahan – bahan.
  • Masukkan perahan limau.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Give a Comment