Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Soto Ayam Sambal Kicap (Confirm Makan Bertambah!)

author name

📄

Soto Ayam Sambal Kicap merupakan hidangan yang berasal daripada Indonesia. Ianya merupakan hidangan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia serta popular sewaktu majlis keraian.

Ianya sesuai untuk dihidangkan kepada sesiapa sahaja, dan itu menyebabkan ia menjadi sangat popular. Cara pembuatan soto ayam ini tidaklah begitu sukar, anda boleh menghasilkan sebuah hidangan yang lazat hanya dengan mengikuti langkah – langkah yang telah disediakan.

Resepi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian. Jom kita tengok!

Resepi Soto Ayam Sambal Kicap

soto-ayam-sambal-kicap
image via Facebook

Bahan – bahan:

Soto Ayam:

  • Minyak
  • 3 sekawan
  • Sebatang serai
  • 1/2 biji bawang besar kuning
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu rempah sup Babas
  • Air
  • Ayam
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Garam
  • Meatball

Sambal Kicap:

  • 2 1/2 genggam cili padi hijau dan merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Kicap lemak Jalen
  • Asam limau kasturi
  • Secubit gula dan perasa

Cara – cara memasak:

Soto ayam:

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan 3 sekawan, sebatang serai yang diketuk dan 1/2 biji bawang besar kuning.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan 3 sudu rempah sup Babas.
  3. Tumis sehingga garing dan masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati.
  4. Masukkan beberapa ketul ayam. Campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada.
  5. Biarkan seketikan dan tambahkan air sebanyak 1 jag besar.
  6. Masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa apabila kuah sup mula mendidih.
  7. Gunakan api perlahan sahaja dan masukkan bebola daging.
  8. Tutupkan api selepas kuah mendidih.
  9. Kuah soto sudahpun siap!

Sambal kicap:

  1. Gorengkan 2 genggam cili padi hijau dan merah serta 3 ulas bawang putih.
  2. Setelah goreng, tambah lagi 1/2 genggam cili padi.
  3. Masukkan kicap Jalen sehingga paras cili.
  4. Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji.
  5. Kisar sehingga lumat. Siap!

Soto ayam dan sambal kicap:

  1. Taburkan bahan hiasan seperti:
    • Isi ayam yang sudah dicarik
    • Daun sup
    • Taugeh
    • Kacang tanah goreng
    • Bawang goreng
    • Bebola daging
    • Asam limau kasturi
    • Bergedil
    • Suhun goreng

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *