Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Bujang 4 Bahan Tapi Sedap Dan Senang

author name

Resepi kali ini merupakan resepi yang sangat sesuai untuk disediakan oleh mereka yang masih baru dalam dunia masak. Bihun goreng bujang diberi nama kerana penggunaan bahannya yang sangat minima tetapi masih mampu menghasilkan bihun goreng yang sangat sedap dan sesuai untuk dijadikan hidangan di dalam santapan sarapan pagi mahupun minum petang. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • ½ bungkus bihun
  • Bahan-bahan kisar
  • ½ ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih 
  • Segenggam cili api
  • Garam secukup rasa
  • Gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Mula-mula rendam bihun dalam air suam selama 10-15 minit sahaja.
  • Toskan dan gunting pendek-pendek agar mudah untuk digoreng.
  • Tumis semua bahan kisar sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
  • Kacau rata dan akhir sekali masukkan bihun.
  • Goreng dan kacau-kacau bihun sehingga lembut dan sebati.
  • Tambah air jika bihun belum lembut.
  • Tambah kicap jika suka.
  • Siap!

Bihun ini amat mudah untuk disediakan oleh itu ia sememangnya sesuai bagi mereka yang kesibukan kerana bahan asas yang digunakan amat minima dan biasanya terdapat dirumah. Anda boleh juga menambah rencah sayur, fishcake, udang mahupun daging. Bukan sahaja orang bujang, anak-anak yang berusia 11-13 tahun pun boleh mencuba resepi ringkas ini. Apapun terpulanglah pada citarasa anda menyesuaikan masakan ini dengan selera anda , semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *