Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asas Brownis ( Sesuai Untuk Diubahsuai)

author name

Brownis pada asasnya ialah sebuah kek yang dibakar dalam loyang empat segi. Menggunakan bahan-bahan yang hampir sama dengan kek. Cuma pembuatannya lebih ringkas. Berbeza dengan kek yang biasanya kita mula dengan teknik memukul butter dan gula. Brownis hanya perlu mencampurkan coklat cair dengan butter. Penyediaan adalah lebih kurang seperti membuat cookies.

Bezanya brownis dibakar dalam satu loyang empat segi. Juga lebih cair bancuhan banding dengan cookies. Sebab tu brownis mempunyai beberapa jenis tesktur. Ada lembut seperti kek, tetapi yang paling digemari ialah tekstur kenyal didalamnya tapi rangup diluar.

Hari ini, Madam akan bawakan resepi asas brownis. Resepi ini boleh diubasuai dengan pelbagai topping ataupun isi.

Resepi Asas Brownis

Bahan-bahan A

  • 250g Dark Chocolate
  • 120g butter

Bahan-bahan B

  • 150g gula
  • 3 biji telur
  • 1sudu teh esen vanila

Bahan-bahan C

  • 140g  Tepung Gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 30g serbuk koko

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c selama sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Griskan Loyang berukuran 9’ atau 10’. Lapik dengan kertas minyak. Lebihkan kertas dibahagian loyang supaya mudah untuk dikeluarkan.
  • Seterusnya cairkan bahan A.
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan B,mula dengan gula dan telur sebiji demi sebiji diakhiri dengan esen vanilla.
  • Ayakkan bahan C, kemudian barulah dicampur pada adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 35 minit.
  • Untuk mendapatkan kedutan, bila telah masak biarkan dulu dalam oven dengan pintu sedikit terbuka selama 10 minit.
Boleh dihiasi dengan pelbagai jenis kacang juga.
Menarikkan.

Resepi ini adalah sebagai asas sahaja. Anda boleh menambah adunan brownis ini dengan segenggam coklat cip, coklat butang atau kekacang. Kacang yang paling kerap diguna ialah kacang pecan.walnut atau badam. Namun brownis yang asas pun sudah cukup sedap dan digemari.

Madam harap pembaca sudi untuk mencuba resepi pasti jadi ini, tidak rugi untuk cuba hujung minggu nanti. Jangan lupa mengintai-intai resepi kami yang lain juga.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *