Resepi Tempe Snek Sihat Bagi Kenyang Lama

Resepi kali ini merupakan sejenis makanan yang amat sesuai dijadikan kudapan terutama bagi mereka yang berdiet. Tempe terkenal dengan khasiat yang banyak dan diamalkan oleh ramai terutama masyarakat Jawa. Tempe diperbuat daripada kacang soya dan diproses  menggunakan teknik pemerapan. Kaedah ini menghasilkan bakteria sihat yang sangat baik untuk perut. Perkongsian kali ini akan menunjukan cara paling mudah menyediakan snek sihat mengguna tempe ini. Berikut adalah 2 bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Tempe (potong dadu)
  • Garam (pilihan)
  • Serbuk kunyit (pilihan)
  • Minyak masak.
  • Potong dadu tempe dan goreng dengan minyak banyak yang panas. 
  • Alih apabila telah garing dan tos sebelum dihidangkan.
  • Sesuai bagi ketika panas bila-bila masa sahaja.

Tempe ini sesuai bagi menampung rasa lapar terutama bagi mereka yang sedang berdiet, elakkan penggunaan garam jika ingin lebih sihat, namun begitu sedikit garam sebagai perisa dibenarkan.Selain dari tinggi khasiat rasanya juga sangat sedap,serat yang terdapat didalam tempe juga memberi rasa kenyang yang lama. Jangan lupa mencuba snek tempe buatan sendiri ini, jimat, sedap dan sihat! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *