Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tempe Homemade Buat Sendiri Jimat Sekali

author name

Resepi kali ini merupakan cara untuk membuat tempe sendiri dirumah anda. Tempe merupakan sejenis makanan yang berasaskan soya yang popular dikalangan masyarakat Jawa. Ianya diproses melalui proses pemerapan selepas Ianya direbus dan dikeringkan. Walaupun ia boleh didapati dengan mudah dipasar atau kedai runcit ia juga boleh disedia sendiri dirumah anda.

Ada banyak resepi yang boleh disediakan menggunakan tempe dan Ianya amat berkhasiat terutama bagi kaum wanita diantaranya ialah kulit yg lebih cantik dan halus. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan

  • 200gm kacang soya
  • 2 sudu makan cuka
  • 3/4 sudu teh ibu / ragi tempe – boleh dibeli di kedai @ beli menerusi pengusaha tempe
  • Rendam kacang soya sehingga kembang dan kemudian rebus sehingga mendidih. Sejukkan dan ramas-ramas kacang soya bagi menanggalkan kulitnya.
  • Rebus kacang soya sekali lagi hingga mendidih dan tambahkan cuka dan padamkan api.
  • Tos dan keringkan dan biar sejuk.
  • Apabila kacang soya telah kering, taburkan ibu tempe dan kacau rata.
  • Masukkan kacang soya yang telah digaul tadi ke dalam plastik yang telah dicucuk dengan jarum ( dilubangkan).
  • Simpan bungkusan tempe di dalam bilik bersuhu rendah lebih kurang 30C selama dua hari sehingga cendawan tempe tumbuh sepenuhnya.
  • Sedia untuk digoreng atau dimasak

Ramai yang tidak tahu namun mengikut pakar sakit puan, wanita yang telah menopause amat sesuai digalakkan mengamalkan makan makanan berasas soya seperti tempe ini kerana didalamnya terdapat satu bahan yang menyamai hormon estrogen. Benar atau tidak anda haruslah mencubanya sendiri. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *