Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Somtam Thai (Pedas Memikat!)

author name

Somtam Thai merupakan kerabu yang berasal daripada Siam. Ianya merupakan gabungan sayuran serta bahan utamanya adalah betik muda.

Kali ini kami bawakan resepi somtam thai ini khas buat anda. Ianya sesuai dihidangkan bersama nasi putih. Pasti enak dan makan bertambah – tambah. Ianya juga salah satu makanan yang lebih sihat untuk dihidangkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Mashitah Salae dan mendapat banyak shares serta komen positif di media sosial. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Somtam Thai

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Betik muda (disagat)
  • 1 biji bawang putih.
  • 2 biji cili
  • 1 ikat kacang pnjang
  • 1 biji tomato besar
  • 2 sudu mkn udang baring
  • 1 genggam kacang tanah goreng tanpa minyak.
  • 3 senduk kecik sos ikan/nampla
  • 3 senduk kecik air limau nipis
  • 3 sudu mkn nisan somtam/gula kabung
  • Lobak disagat sedikit untuk tambah warna

Cara – cara memasak:

  1. Tumbukkan bawang putih biar hancur.
  2. Masukkan cili dan tumbuk hancur.
  3. Masukkan kacang panjang ditumbuk manja.
  4. Masukkan tomato, kacang tanah, sos nampla/sos ikan, air limau nipis, nisan somtam/gula kabung, udang baring dan gaul sebati.
  5. Biar gula betul – betul hancur.
  6. Masukkan betik dan lobak. Tumbuk manja sambil gaul.
  7. Perasakan, siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *