Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Siakap 3 Rasa Makan Ramai Ramai Lagi Sedap!

Kali ini kami bawakan resepi yang sesuai untuk dihidangkan pada perjumpaan keluarga kerana porsinya yang besar serta rasanya yang amat menyelerakan, iaitu siakap tiga rasa! Siakap tiga rasa, sebuah menu yang amat popular di restoran sekitar kita. Walaubagaimanapun, harga hidangan ini boleh jadi tidak menentu, kalau nasib tidak baik, boleh mencecah ratusan ringgit!

Akan tetapi, jangan risau, kini anda boleh menyediakan hidangan ini sendiri. Lebih jimat, lebih terjamin kebersihannya. Paling penting, anda boleh menyesuaikan hidangan ini mengikut selera anda sendiri! Siakap tiga rasa ini juga sebenarnya boleh disediakan dengan amat mudah sekali. Ini kerana, bahan – bahannya senang untuk didapati dan cara pembuatannya juga tidak renyah!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Liza Idris dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat resepi ini!

Resepi Siakap 3 Rasa

ikan siakap 3 rasa
Imej via Facebook

Bahan – Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 1 batang serai.
  • 1 biji bawang besar potong dadu.
  • 3 ulas bawang putih cincang halus.
  • 1 inci halia cincang halus.
  • 1 biji cili merah.
  • 3 biji cili api.
  • 1/2 biji timun
  • 1 biji tomato
  • 1 potong nenas.
  • 4 helai daun limau purut.
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan.
    Bahan sos:-
  • 3 sudu besar cili kering.
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato.
  • 2 sudu sos tiram. 2 sudu sos ikan
ikan siakap 3 rasa
Imej via Facebook

Cara – Cara Memasak:

  1. Lumurkan ikan bersama dengan garam dan gaulkan dengan tepung jagung.
  2. Gorengkan ikan dan pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng.
  3. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang merah.
  4. Masukkan cili besar dan cili api.
  5. Tumiskan bersama serai dan masukkan tiga sudu cili kering.
  6. Biarkan sehingga cili garing dan masukkan sos cili, tomato dan tiram.
  7. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan secawan air.
  8. Apabila kuah sudah pekat, letakkan sos ikan.
  9. Masukkan daun limau purut supaya kuah lebih sedap.
  10. Apabila hidangan sudah hampir masak, masukkan tomato dan nenas.
  11. Apabila kuah sudah sedia, simbahkan ke dalam ikan yang digoreng.
  12. Siap!

Resepi Lain Yang Menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!