Resepi Nasi Mentega Kismis Paling Laris Abad Ini

Nasi mentega kismis ini merupakan salah satu resipi makanan utama yang amat digemari dan dijadikan pilihan terutama didalam majlis keraian seperti rumah terbuka atau majlis harijadi. Nasi sebenarnya tidak susah untuk disediakan kerana ia menggunakan bahan-bahan yan mudah untuk didapati. Tetapi keenakannya tidak terkata terutama bila dimakan bersama ayam masak merah!

Perbezaanya didalam resepi ini ialah penggunaan butter yang memberi aroma yang berbeza berbanding minyak sapi. Berbeza tetapi tetap sedap dan sangat wangi memikat, apatah lagi bila ditambah kismis!

Resipi ini telah dikongsi oleh Wahida Alya dimedia massa dan sangat popular kerana telah mendapat banyak perkongsian, selamat mencuba!

Resepi Nasi Mentega Kismis

nasi mentega kismis 3
Imej via Facebook

Bahan – Bahan:

  • 4 pot beras basmati
  • Air mengikut sukatan beras
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 3 sekawam
  • Sup bunjut Adabi
  • Mentega
  • Rempah kari Adabi dijadikan pes
  • Daun ketumbar
  • Kismis secukupnya

Cara – cara memasak:

  • Rendamkan beras basmati selama 30 minit dan tapis.
  • Panaskan mentega dan masukkan 3 sekawan.
  • Tumiskan bawang sehingga naik bau dan masukkan pes kari adabi.
  • Kemudian, masukkan beras, kacau sehingga sebati bersama rempah dan tuangkan air.
  • Kacau dan masukkan garam dan sup bunjut. Kacau sebentar dan tutupkan periuk.
  • Perlahankan api dan masukkan daun ketumbar dan kismis.
  • Siap!
nasi mentega kismis 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!