Resepi Laksa Kedah Pure Gerenti Semua Orang Suka!

Laksa Kedah, seiring dengan namanya berasal daripada bahagian Utara Malaysia. Ianya dinikmati pada majlis keraian dan boleh didapati di banyak restoran. Walaubagaimanapun, bukan senang untuk mendapatkan sebuah hidangan laksa yang asli dan lazat. Oleh itu, resepi yang kami bawakan kali ini pasti dapat membantu anda untuk menyediakan hidangan laksa Kedah yang lazat serta boleh dinikmati oleh semua golongan masyarakat.

Resepi ini menggunakan bahan yang boleh didapati di pasaraya berdekatan. Kombinasi rasanya yang bervariasi, diantara masam, manis dan pedas pasti akan menguji deria rasa yang menikmatinya. Ianya juga tidak sukar untuk disediakan. Oleh itu, bagi yang masih amatur, jangan gusar dan khuatir!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Iera Amira II dan mendapat banyak respons positif oleh netizen. Jadi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Laksa Kedah

laksa kedah
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 bungkus laksa
    Rendamkan semalaman dengan air paip, rebus sehingga lembut.

Bahan kuah laksa:

  • 1 1/2 kg ikan selayang
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 keping asam keping
  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam
  • Sedikit belacan
  • Perasa
  • 2 helai bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum

Bahan hiasan:

  • Telur (direbus dan dibelah dua)
  • Timun (dihiris)
  • Salad (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Limau kasturi (dibelah dua)
  • Cili padi (jika suka)

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah.
  2. Kisarkan isi ikan.
  3. Bahagian kepala ikan dan tulang juga dikisar dan ditapis airnya.
  4. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam periuk.
  5. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  6. Masukkan perasa dan tambah sedikit air mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki. Perasakan mengikut selera anda.
  7. Hiaskan dengan bahan hiasan dan hidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!