Resepi Laksa Penang (Yang Asli)

Resepi Kali ini merupakan menu yang sesuai sebagai hidangan minum petang. Ia sangat popular di utara. Laksa secara asasnya diperbuat daripada kuah yang penuh dengan isi ikan dan dimakan bersama mee laksa. Ikan yang selalu digunakan untuk kuahnya ialah ikan kembung, ikan selayang dan ikan pelaling. Kemudian ia ditambah dengan beberapa sayuran yang kuat aromanya. Daun kesum , bunga kantan adalah antara bahan yang wajib ada di dalam masakan ini.

 

Laksa dipercayai dibawa oleh imigran Cina ke Tanah Melayu suatu masa dahulu. Laksa adalah mee yang diperbuat daripada tepung beras. Dan ia dimakan bersama kuah laksa yang lazimnya diperbuat dari ikan. Namun laksa juga mempunyai beberapa versi. Di antaranya ialah Laksa Johor yang menggunakan spageti sebagai meenya. Manakala Laksa Sarawak pula menggunakan bihun sebagai bahan utama. 

 

Kali ini Madam akan bawakan resepi Laksa Utara yang menggunakan mee laksa sebagai bahan utama. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan di dalam resepi ini.

Resepi Laksa Penang (Yang Asli)

Bahan-bahan kuah

  • Ikan kembung sekilo (rebus guna noxxa high pressure 1 jam)

Bahan-bahan kisar

  • 3 biji bawang besar
  • Halia seinci
  • Belacan seinci
  • Cili kering anggaran satu genggam (gunting dan rebus)

Bahan-bahan perasa

  • Daun kesum segenggam
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 keping asam keping

Kaedah 

  • Kisar ikan yang telah direbus dengan periuk noxxa. (Jika guna noxxa, ikan akan hancur keseluruhannya, jadi tidak perlu asingkan tulang dan isi).
  • Masukkan dalam periuk bersama air rebusan tadi.
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masukkan bahan-bahan perasa lain.
  • Rebus semua bahan hingga mengelegak, tambah air agar ia lebih cair untuk dibuat kuah.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. 

Bahan-bahan laksa

  • Sebungkus laksa kering (rebus hingga empuk)
  • Atau guna sebungkus laksa basah (celur dahulu sebelum makan)

Bahan-bahan ulam dan lauk sampingan (anggaran mengikut jumlah tetamu)

  • Daun salad iceberg (basuh dan hiris )
  • Timun sebatang (kupas kulit dan potong cincang)
  • Bawang besar (hiris halus:
  • Cili api (potong bulat dan kecil)
  • Limau kasturi (belah dua)
  • Telur rebus (kopek dan belah dua)

Cara-cara menyediakan laksa.

  • Letakkan laksa yang sedia direbus dan ditos tadi didalam pinggan pilihan anda.
  • Tambahkan kuah laksa yang telah siap dimasak.
  • Hiasi dengan bahan-bahan ulam dan lauk sampingan tadi.
  • Siap untuk dihidang.

Rasa laksa ini penuh dengan isi ikan, anda boleh menambah cili api yang dipotong kecil jika ingin lebih pedas. Anda juga boleh menambah petis untuk rasa yang lebih sedap. Telur juga dianggap salah satu bahan utama dalam menyediakan laksa yang sempurna.

Resepi ini sangat sesuai untuk dihidang didalam majlis-majlis kenduri kendara. Ia adalah lebih ringan berbanding nasi, jadi ia sangat sesuai jika anda ingin menghidang diwaktu minum petang. Oleh itu jangan lupa mencuba resepi ini ya!

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *