Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Laksam (Pastinya Memikat Selera Semua)

Ingin mencuba sesuatu yang baru? Perkongsian pada kali ini amatlah sesuai untuk anda. Kita akan berkongsikan resepi laksam dari langkah awal sehinggalah langkah terakhir.

Laksam ini mempunyai pelbagai jenis cara untuk disediakan. Kami akan kongsikan salah satu cara penyediaannya dengan anda semua. Apabila sudah siap nanti bolehlah berikan resepi ini kepada kenalan anda!

Resepi laksam ini telah pun dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman si akaun Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian di laman sosial tersebut. Mari kita lihat resepi laksam yang sedap ini!

Resepi Laksam

image via Facebook

Bahan – bahan:

Laksam:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • 5 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak masak
  • Tudung periuk atau bekas leper

Kuah Laksam:

  • 1 kg ikan selayang (direbus dengan 3 keping asam keping)
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 3 keping asam keping
  • 7 biji bawang merah
  • Halia ( tapi sy xletak xsuka rasa dia kuat)
  • 2 kotak kecil santan segera atau sebiji kelapa
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa

Sambal Cili:

  • Cili padi
  • Cili besar merah
  • Gula dan garam
  • Air limau nipis atau cuka

Cara penyediaannya:

Laksam:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  2. Panaskan pengukus dengan api yang kuat, pastikan air banyak dan air mendidih sebelum mengukus.
  3. Sapukan minyak pada tudung periuk, masukkan adunan dengan menggunakan senduk.
  4. Kukus dalam 5 minit sehingga laksam gelembung bermakna ianya sudah masak.

Tips: Nak pastikan kulit laksam licin, nampak gebu pastikan tudung periuk licin dan bersih. Gunakan minyak yang cukup untuk sapu sebelum tuang adunan, jangan terlalu banyak laksam.

Kuah Laksam:

  1. Rebus ikan dengan asam keping dan garam kemudian ambil isinya.
  2. Blander isi ikan dan air rebusan dengan bawang dan lada hitam hingga betul-betul lumat boleh tambah sedikit air.
  3. Didihkan santan, masukkan bahan belender tadi. Kemudian, masukkan asam keping garam dan perasa.
  4. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul. Boleh tambah air jika terlalu pekat.
  5. Potong laksam, letak ulam, timun bunga kantan, taugeh. Kemudian curahkan kuah. Letak sedikit belacan bakar.
  6. Siap!

Sambal Cili:

  1. Tumbuk cili, tambahkan garam dan gula.
  2. Perah limau nipis.
  3. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!