Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Cili Api ( Masakan Mudah)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi dari koleksi nasi goreng yang sentiasa mendapat permintaan. Pelbagai jenis nasi goreng yang boleh didapati salah satunya ialah nasi goreng cili api yang menggunakan cili api sebagai bahan utama nya. Oleh itu rasanya amat pedas dan sesuai bagi orang yang gemar makanan yang pedas. Bagi anda yang ingin mencari idea apakah masakan yang hendak di masak hari ini berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

Resepi Nasi Goreng Cili Api

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk ( digaul sehingga ia berderai)

Bahan-bahan tumbuk

  • ½ labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Segenggam cili api

Bahan rencah

  • Kacang panjang potong bulat
  • Lobak merah potong dadu ( pilihan )
  • 10 batang cili api (hiris nipis)
  • Telur 2 biji
  • Kicap manis (pilihan)

Kaedah 

  • Mula-mula tumbuk kasar semua bahan, termasuk 1 ½ sudu teh garam dan ¼ sudu teh serbuk perasa.
  • Panaskan kuali, tumiskan bahan tumbuk.
  • Apabila telah garing, masukkan bahan rencah kecuali telur dan cili potong.
  • Gaul semua bahan sebati.
  • Baru pecahkan telur, dan biarkan ia tanpa dikacau.
  • Baru masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
  • Goreng dengan api yang besar dan gaul laju-laju.
  • Akhir sekali masukkan cili api yang telah dipotong.
  • Goreng lagi nasi sehingga ia benar-benar masak dan panas.
  • Siap!

Jika anda tidak berani makan makanan yang pedas seperti ini anda boleh kurangkan jumlah cili api. Sebaliknya jika anda suka makanan yang sangat pedas anda boleh menggunakan cili api merah yang amat pedas itu. Apa pun diharap anda sudi mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan ia. Semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *