KERABU MANGGA ALA THAI
========================
.
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda
1 biji tomato
Sedikit ikan bilis-dibersihkan dan dibelah dua – digoreng
1 biji bawang merah – dimayang
5 tangkai cili padi – dipotong halus
1 1/2 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
Gula secukupnya
.
Cara-Cara Penyediaan:
1. Satukan mangga muda dengan tomato yang dihiris halus.
2. Masukkan sos ikan, bawang yang telah dipotong halus, selepas itu masukkan pula cili padi dan perahkan limau nipis.
3.Masukkan ikan bilis yang telah digoreng – gaul hingga rata.
4. Akhir sekali, masukkan gula.
.
Jom share artikel ini jika bermanfaat
Tentang penulis
Resepi.My