Resepi Telur Masak Merah Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Resepi kali ini merupakan antara koleksi masak merah yang amat simple tetapi lazat. Bahan yang digunakan didalam masak merah kali ini ialah telur. Cara membuat masak merah telur juga lebih ringkas, ini kerana kebiasaan masak merah menggunakan beberapa bahan yang menjadi trademark kepada masakan masak merah ini. 

Telur masak merah sesuai bagi mereka yang vegetarian dan yang tidak makan daging ia juga sesuai digandingkan dengan nasi briyani ataupun nasi minyak. Telur yang digunakan didalam resepi kali ini ialah telur goreng walaupun kebiasaan telur yang digunakan dalam resepi ini ialah telur rebus. Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menyediakan masakan ini.

Bahan-bahan

  • 5 biji telur goreng
  • 1 biji bawang merah besar | dikisar
  • 1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
  • 1″ halia dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 11 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Goreng telur dan ketepikan.
  • Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
  • Masukan bawang besar yang dihiris bulat dan juga buah tomato yang dipotong baji.
  • Siap!

Jika anda menggunakan telur rebus, pastikan anda menggoreng telur rebus tersebut terlebih dahulu untuk rasa yang lebih sedap. Diharap anda akan cuba resepi ringkas ini sebagai hidangan untuk keluarga anda.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *