Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Brownies Kedut Tak Kedut Yang Penting Sedap

author name

Resepi berikut merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang amat digemari. Brownis diperbuat daripadan coklat, gula, butter, tepung dan juga telur. Brownis mempunyai  beberapa banyak versi namun yang paling popular dinegara kita sejak akhir ini ialah brownis kedut. 

Namun tahukah anda brownies yang sempurna sebenarnya tidak mempunyai kedutan? Mari kita lihat resepi brownies kedut tak kedut yang penting sedap ini!

Bahan

A

  • 250 gm beryls dark coins
  • 95 gm butter

B

  • 3 biji telur gred B
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sk esen vanila

C

  • 85 gm tepung naik sendri
  • 60 gm serbuk koko beryls

Kaedah

  • Cairkan bahan A dengan cara double boi.
  • Campur bahan B dan pukul sehingga berbuih.

Ayak bahan C

  • Campur bahan A dengan bahan B dan masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang saiz 10”x10”
  • Bakar pada suhu 160c selama 30 minit.
  • Biarkan dalam oven dengan pintu sedikit terbuka apabila brownis telah masak.
  • Siap!
Ringkas tanpa hiasan yang penting sedap.
Minum dengan kopi pun sedap!

Brownies di Malaysia kini telah mengalami banyak inovasi. Antara kelainan yang dicipta orang kita antaranya ialah meletakkan hiasan krim diatasnya, khususnya coklat ganache. Namun begitu itulah yang telah menjadi tarikannya dimana ia telah mendapat banyak like dan share. Apa taknya, rasanya juga lebih sedap. Apapun diharap anda akan mencuba resepi ringkas ini terutama bagi anda yang masih baru dalam dunia masakan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *