Resepi Swiss Macaroon Yang Ni Confirm Jadi

Resepi kali ini adalah sejenis pencuci hidangan pencuci mulut yang berasal dari barat. Ia menggunakan kacang badam yang dikisar kemudian ditambah dengan putih telur dan juga gula. Macaron merupakan sejenis hidangan yang mahal dan mewah yang biasanya dihidangkan direstoran mahal atau di hotel. Sebenarnya kita juga boleh membuatnya sendiri di rumah menggunakan salah satu cara yang berbeza tetapi lebih mudah berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 150g gula pasir 
  • 160g putih telur
  • 190g serbuk kacang badam
  • 170g gula aising
  • (Ayak keduanya)
  • Masak bahan A sehingga gula hancur
  • Kemudian pukul dengan mixer hingga ia bertanduk
  • Tambahkan bahan B dan kaup balik
  • Kemudian sambung pukul dengan mixer hingga tekstur menjadi berlipat-lipat
  • Dengan guna beg piping paip setiap satu macaron diatas lapik silikon macaron.
  • Bakar pada suhu 120c sebentar dengan pintu terbuka.
  • Kemudian sambung bakar pada suhu 140c selama 15 minit.
  • Siap!

Macaron selain daripada sedap ia juga biasa dijadikan hiasan diatas kek. Membuat macaron sebenarnya lebih jimat kerana Ianya agak mahal jika dibeli dikedai. Macaron adalah sejenis masakan yang memerlukan latihan bagi menghasilkan macaron yang sempurna. Tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dicuba kerana ia amat berbaloi untuk dicuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.