Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Red Ruby Dessert Dari Thailand Yang Viral

author name

📄

Resepi berikut ini merupakan resepi dessert yang berasal dari Thailand dan mula viral sejak kebelakangan ini. Red Ruby atau rubi merah ialah sejenis dessert yang diperbuat menggunakan sengkuang yang diwarnakan dengan warna merah, disalut dengan tepung ubi sebelum ianya direbus hingga ia timbul dan ditos. Red ruby mempunyai 3 elemen didalamnya iaitu red ruby, kuah santan , air gula dan juga buah nangka, baiklah berikut adalah bahan bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan red ruby

  • 1 biji sengkuang saiz medium (potong dadu)
  • 1 tbsp perasa sirap ros
  • 1 cawan atau lebih tepung ubi
  • Air panas yang mendidih

Bahan-bahan santan

  • 200ml santan
  • 100ml air
  • Garam
  • Daun pandan
  • * masak semua bahan dan tutup api apabila santan mulai berasap, sejukkan sebentar.

Bahan-bahan air gula

  • 1 cawan gula poutih
  • ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • ½ tsp jus limau
  • * masak semua bahan hingga pekat dan sejukkan sebentar.

Bahan lain

  • Isi nangka yang dihiris sederhana tebal

Kaedah

  • Warnakan sengkuang dengan sirap dan biarkan 10 minit.
  • Gaul sengkuang dengan tepung ubi dan rebus dengan air yang sedang mendidih.
  • Angkat segera bila sengkuang telah timbul.
  • Buat sedikit demi sedikit agar tepung ubi tidak tertanggal dari sengkuang.
  • Untuk menghidangkan dessert ini,tambah santan, red ruby, nangka dan air gula.
  • Tambah ais dan siap untuk dinikmati.

Kebiasaan Red Ruby ini dibuat menggunakan sengkuang cina (water chestnut) namun kerana ia sejenis buah yang bermusim dan susah untuk didapati maka anda boleh guna sengkuang biasa sahaja. Rasa red ruby ini kenyal-kenyal seperti boba kerana penggunaan tepung ubi. Hidang sejuk untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Cubalah resepi ini walaupun Ianya agak mencabar untuk disediakan namun masih berbaloi untk dicuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.