Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Macaroon (Resepi Mewah Bergaya Pasti Jadi)

Macaroon adalah biskut kecil, yang terdiri dari 2 keping macaroon dan diisi inti di bahagian tengah seperti burger. Macaroon biasanya dibuat daripada kacang almond, kelapa atau kacang lain,putih telur dengan gula aising dan renjisan perisa seperti esen vanila dan pewarna makanan gel. Macaroons kadang-kadang dibakar pada kertas minyak atau lapik silikon yang memang khas dibuat untuk membuat macaron.

Macaroon banyak didapati di cafe-cafe pastri yang esklusif. Kerana ia adalah sejenis pencuci mulut mewah. Jika dilihat pada bahan-bahannya kosnya memang agak tinggi. Pembuatannya juga agak cerewet. Contohnya mangkuk pengadun perlulah kering dari sebarang dan minyak. Putih telur perlu dipukul kaku. Pewarna perlulah berasaskan geli, kerana ia tidak boleh menggunakan air atau minyak.

Jadi sebelum Madam bercerita lebih panjang lebar, mari lihat dulu bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Macaroon

Bahan-bahan A

  • 80g putih telur – suhu bilik anggaran 2 biji gred A
  • 65g gula castor

Bahan – bahan B

  • 80g serbuk almond
  • 140g gula icing
  • Pewarna gel

Kaedah

  • Ayak serbuk almond dan gula icing.
  • Dengan menggunakan mangkuk yang bersih serta bebas dari minyak dan air.
  • Pukul bahan A hingga putih,kemudian tambahkan gula castor sedikit demi sedikit. Teruskan memukul sehingga ia mencapai konsistensi kaku.Uji dengan mengangkat pemutar itu dan terbalikkan,jika ia tidak meleleh bermakna ia teah mencapai konsistensi yang diperlukan. Adunan akan menjadi ringan dan gebu serta berkilat. Hentikan mesin pengadun.
  • Dengan mengguna kaedah kaup balik, masukkan ¼ dari serbuk badam yang telah diayak bersama gula aising tadi.Sedikit demi sedikit sehingga habis semua adunan tadi. Gaul semua sehingga ianya sebati
  • Kemudian boleh  tambahkan pewarna,jenis pewarna yang sesuai ialah jenis gel.
  • Seterusnya masukkan adunan ini didalam beg piping. Paipkan adunan ini diatas lapik macaroon yang dijual dipasaran. Dengan menggunakan pencungkil gigi, pecahkan gelembung udara yang terdapat diatas macaroon. Ini penting dalam memastikan macaroon kita tidak berlubang.
  • Rehatkan dulu selama 30-45 minit macaroon sebelum dibakar, ini agar ia benar-benar kering. Uji dengan menyentuh ia,jika tidak melekat maksudnya ia cukup kering.
  • Panaskan oven pada suhu 140c sekurang-kurangnya 10 minit. Suhu jangan terlalu tinggi,dalam memastikan macaroon tidak pecah
  • Letakkan loyang di bahagian tengah oven. Bakar selama 15 – 20 minit..
  • Bila telah masak,sejukkan diredai.
  • Macaroon boleh disi inti seperi ganache atau cream cheese.

Selepas adunan semua siap dibancuh dan dipaipkan,jangan lupa untuk mengudarakan ia sehingga kering. Ini akan menghasilkan kaki dibahagian bawah macaroon. Macaroon tanpa kaki dibahagian bawah itu adalah tidak sempurna.

Oleh kerana ,pembuatannya ini agak rumit. Anda mungkin menemui beberapa cabaran untuk menyempurnakan macaroon ini, namun rasanya sangatlah sedap.Ia bukan seperti pavlova tapi lebih sedap dari pavlova. Anda harus mencubanya sendiri.n

Macaroon juga sesuai sebagai hiasan diatas kek, jangan lupa mencuba resepi-resepi lain ya. Terima kasih kerana berkujung ke website kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!