puding-jejari-coklat

Resepi Puding Biskut Jejari Coklat (Sesuai Untuk Semua!)

Sudah banyak mencuba resepi pencuci mulut? Majlis Hari Jadi anak anda sudah dekat? Inginkan kelainan? Kali ini kami bawakan resepi puding biskut jejari coklat yang lain daripada yang lain!

Resepi ini menggunakan dua bahan asas iaitu agar – agar coklat serta biskut jejari. Bahan – bahan hidangan ini mudah untuk didapati serta ianya juga dapat menjamu ramai orang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Zul dan mendapat banyak shares di media sosial.

Resepi Puding Biskut Jejari Coklat

puding-jejari-coklat
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Biskut jejari (beli dalam rm5.00)
  • 20gm agar-agar bertali
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair. (Sukat 2 cawan)
  • 5 sudu besar tepung kastard.. Bancuh dulu dgn sedikit air
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar milo
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

Cara – cara memasak:

  1. Masak air dengan agar – agar hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga larut gula.
  2. Masukkan susu cair dan susu pekat, kacau rata pada api sederhana.
  3. Masukkan tepung kastard dengan cepat dan bagi rata. Letakkan sedikit garam dan kacau sekata. Perlahankan api.
  4. Basahkan loyang 8×8, susun biskut jejari dalam loyang itu sehingga penuh bahagian bawah loyang.
  5. Ambil 3 1/2 cawan agar – agar dalam periuk tadi dan tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau – kacau sehingga sebati.
  6. Ambil dalam 1 cawan adunan agar – agar coklat tadi. Tuangkan perlahan keatas biskut jejari. Ratakan agar – agar diatas biskut jejari tadi. Biarkan sederhana beku.
  7. Susun lagi biskut jejari sehingga penuh loyang. Tuang 1 cawan agar – agar coklat keatas biskut jejari dan ratakan. Biarkan sederhana beku. Ulang sekali lagi untuk satu lagi lapisan.
  8. Lebihan adunan agar – agar didalam periuk tadi diletakkan pewarna kuning. Tuang perlahan – lahan di atas puding biskut jejari sehingga habis.
  9. Biarkan sejuk.
  10. Simpan kedalam peti ais selama 4 ke 5 jam. Keluarkan menggunakan pisau plastik. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *